Friday, March 18, 2011

Hikayat Kekasih Gelapku


Aku sedang dalam pembikinan komik '
Hikayat Kekasih Gelapku'. Ia berkisar tentang kehidupan anak-anak muda kampus di masa hadapan. Kisah ini aku abadikan buat generasi baru Universiti Teknologi MARA, UiTM yang menjadi pewaris kepada kesinambungan Universiti itu untuk melahirkan para graduan profesional.

Plot cerita memaparkan kisah generasi yang lahir pada 90an di mana mereka sedang berdepan dengan cabaran getir di setiap penjuru.

Serangan liberalisme dan hedonisme semakin membejati pemikiran anak-anak Melayu generasi ke-4 pasca Merdeka.

Makin lama, mereka tidak lagi mempedulikan akan kepentingan menuntut ilmu melainkan gemar berfoya-foya tanpa mempedulikan hasrat nurani ibu bapa yang menghantar mereka ke kampus.



Namun begitu, masih ada di kalangan mereka yang masih tidak lupa dengan matlamat asal yakni menuntut ilmu disamping juga membentuk jati diri untuk berdepan dengan cabaran globalisasi tatkala graduasi kelak.

Watak utama dalam hikayat ini adalah Izwan dan Amira (kedua-duanya tokoh rekaan) yang belajar di UiTM Shah Alam.

Walau bagaimanapun, komik ini hanya untuk simpanan peribadi dan tidak akan dipaparkan di blog ini. Melainkan bagi sesiapa yang berminat, maka aku akan tunjuk kepada mereka. :p

Sekian, terima kasih~!

No comments:

Post a Comment