Sunday, December 6, 2009

Fantasi


Kanak-kanak gemar berfantasi ketika kecil. Mereka mula berfantasi seawal umur 3 bulan. Apabila aku mendapat anak buah pada tahun lepas, aku melihat proses tumbesaran tersebut.

Antara perkara utama yang dapat disaksikan ialah; mendengar, melihat, menyentuh barang. Kini anak buah aku sudah berumur 1 tahun 2 bulan. Lahir pada 16 September 2008.

Setelah aku perhatikan ragam tersebut, aku cermin diri aku. Aku pasti yang aku pernah menjadi sapertinya. Aku mula bertanyakan hal itu kepada mama dan abah serta orang sekeliling yang pernah wujud ketika aku kecil. Jawapannya serupa.

Setelah itu, aku baru teringat diri aku ketika kecil dalam lingkungan 3-5 tahun.

Aku pernah dibesarkan di kota dan juga di kampung. Ketika aku di kampung, ada sebuah dinding rumah Tok Wan yang unik. Coraknya seakan peta dunia. Firasat aku ketika adalah; itulah bentuk dunia yang sabenar!

Aku juga suka perhatikan awan, burung-burung terbang melayang, pokok-pokok yang tinggi, bukit bukau dan lain-lain yang menenangkan fikiran. Selain itu, ada sebuah tadika Kemas (kepunyaan UMNO) yang terletak di depan rumah Tok Wan. Terdapat 3 tiang bendera yang terpacak di situ. Salah satunya ialah bendera Malaysia.

Kadangkala, aku juga menunggu di luar rumah untuk melihat Keretapi Tanah Melayu (KTM) serta kapal terbang Malaysia Airlines di awan. Aku teruja setiap kali terdengar bunyian enjin yang kuat kedengaran.

Segala yang diperhatikan membuatkan aku berkhayal. Aku terjemahkannya melalui lukisan. Tok Wan selalu menyediakan kertas-kertas kosong yang tidak diguna pakai serta alat lukis saperti krayon, pensel dan pen. Mungkin kerana dia tak mahu aku menconteng dinding lagi barangkali.

Meski aku terjemahkan apa yang aku rasakan melalui seni, aku ada pasang impian untuk merasai perkara-perkara tersebut. Setelah beberapa lama, hajat itu tertunai.

Dalam hidup, kita sentiasa memasang impian. Jika kita terjemahkan segalanya melalui fantasi/visualisasi, kita sabenarnya melihat masa depan. Segala impian pasti jadi nyata kerana ada dorongan ke arah impian itu.

Bagi maksud itu, jalanlah ke depan!


We create HOPE over DOUBT.

Thursday, December 3, 2009

Lymelife


Sudah tiga kali aku menonton filem Lymelife lakonan Emma Roberts, Keiran Culkin, Alex Baldwin dan Rory Culkin. Filem genre ini berbentuk kisah keluarga zaman 70-an. Mengisahkan epilog dua keluarga bermasalah di sebuah bandar kecil di Syosett, Long Island, Amerika Syarikat.

Emma memegang watak sebagai Adrianna Bragg manakala Rory Culkin sebagai Scott Bartlett.. Scott berkawan dengan Adrianna sejak kecil. Namun, Scott merupakan seorang budak loser yang asyik dibuli di sekolahnya.

Adrianna seorang yang memahami tentang Scott. Dialah yang membantu Scott untuk menjadi dirinya sendiri; dari seorang yang penakut kepada yang berani setelah dicabar oleh Adrianna untuk Berani Berubah!

Tuesday, December 1, 2009

Epilog Kapal Terbang

Aku jarang mengemaskini blog ini dek kekangan masa. Hari ini, aku ingin meneruskan jejak kasutputeh semula.

29 November 2009 (Ahad) yang lalu, aku dan Alex Raja Rizal pergi bertandang ke Sepang kerana menghadiri majlis pertunangan sahabat lama, yang dikenali sebagai Nudtz. Sehari sebelumnya, aku agak terkejut kerana Nudtz nak bertunang.

Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya. Ketika di alam kehidupan kampus, Nudtz banyak membantu aku dalam pelajaran. Tanpa dia dan beberapa orang lain, aku mungkin tidak dapat maju lebih ke depan saperti sekarang.

Sewaktu meyusuri jalan raya yang terbentang luas di kawasan Bangi dan Sepang, aku ada perhatikan satu objek yang menarik perhatianku. Apakah itu...?

Kapal terbang.

Kapal terbang merupakan satu objek yang aku suka lihat sejak dari zaman kecil. Ia sebuah objek yang selalu terbang jauh dan tinggi bak burung di angkasa. Bagi lipatan hidupku, ia mempunyai makna yang tersirat.

Meski ia terbang tinggi dan melayang di ruang udara, meredah tujuh lautan dan tujuh benua, ia tetap mempunyai visi asal yang ingin dituju. Tidak kiralah sama ada ia mungkin terpaksa mengharungi keadaan cuaca yang tidak menentu, ia tetap terbang ke depan menuju ke destinasi.

Sedang asyik memerhatikan kapal terbang Malaysia Airlines, aku seolah-olah dirasuk semangat yang pernah dirasakan selama ini. Dalam diam-diam, aku mulai memecut kereta aku dengan penoh rasa riang. Hingga akhirnya, aku tersesat di Sepang dan tercari-cari di manakah rumah Nudtz...?