Tuesday, December 1, 2009

Epilog Kapal Terbang

Aku jarang mengemaskini blog ini dek kekangan masa. Hari ini, aku ingin meneruskan jejak kasutputeh semula.

29 November 2009 (Ahad) yang lalu, aku dan Alex Raja Rizal pergi bertandang ke Sepang kerana menghadiri majlis pertunangan sahabat lama, yang dikenali sebagai Nudtz. Sehari sebelumnya, aku agak terkejut kerana Nudtz nak bertunang.

Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya. Ketika di alam kehidupan kampus, Nudtz banyak membantu aku dalam pelajaran. Tanpa dia dan beberapa orang lain, aku mungkin tidak dapat maju lebih ke depan saperti sekarang.

Sewaktu meyusuri jalan raya yang terbentang luas di kawasan Bangi dan Sepang, aku ada perhatikan satu objek yang menarik perhatianku. Apakah itu...?

Kapal terbang.

Kapal terbang merupakan satu objek yang aku suka lihat sejak dari zaman kecil. Ia sebuah objek yang selalu terbang jauh dan tinggi bak burung di angkasa. Bagi lipatan hidupku, ia mempunyai makna yang tersirat.

Meski ia terbang tinggi dan melayang di ruang udara, meredah tujuh lautan dan tujuh benua, ia tetap mempunyai visi asal yang ingin dituju. Tidak kiralah sama ada ia mungkin terpaksa mengharungi keadaan cuaca yang tidak menentu, ia tetap terbang ke depan menuju ke destinasi.

Sedang asyik memerhatikan kapal terbang Malaysia Airlines, aku seolah-olah dirasuk semangat yang pernah dirasakan selama ini. Dalam diam-diam, aku mulai memecut kereta aku dengan penoh rasa riang. Hingga akhirnya, aku tersesat di Sepang dan tercari-cari di manakah rumah Nudtz...?

No comments:

Post a Comment