- Minggu lepas, omong-omong politik mengenai situasi politik di Kedah bergema di Utusan Malaysia.
- Ini berikutan hasrat YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abdul Razak merangkap Presiden UMNO Malaysia yang ingin melakukan perubahan saf kepimpinan UMNO di peringkat Negeri-Negeri yang kritikal dalam masa terdekat.
- Secara tidak langsung, nama YB Datuk Mukhriz Mahathir, ahli Parlimen Jerlun telah disebut-sebut sebagai calon yang terbaik untuk mengisi jawatan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Dalam misi untuk menawan kembali Negeri Kedah yang telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihanraya ke-12, bulan Mac 2008;
- Pada masa ini, situasi politik UMNO di Negeri Kedah masih haru-biru. Meskipun akar umbi mahukan perubahan, masih terdapat sebahagian daripada pemimpin peringkat Negeri itu yang bertelagah sama sendiri serta tidak bersatu-padu.
- Pun begitu, keputusan muktamad hanya bakal diketahui kelak. Sangat menarik. Kita tunggu~!
Wednesday, December 15, 2010
Bicara Politik
Wednesday, December 8, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Pasukan Hoki Malaysia Cemerlang
Kejayaan membenam India 4-3 petang tadi sekali gus melakar sejarah baru buat Malaysia apabila kita berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk julung kalinya.
Edisi Sukan Asia ke-16 pada kali ini berlangsung di Guangzhou, China. Bermula dari 12 November 2010 hingga 27 November 2010. Tinggal hanya empat (4) hari sahaja lagi.
Sejak ia berlangsung, Malaysia telah berjaya meraih sebanyak enam (6) pingat emas. Tinggal tiga (3) sahaja lagi pingat emas untuk melengkapkan sasaran kita iaitu sembilan (9) pingat emas.
Didoakan agar hari-hari terakhir kelak kita mendapat khabar gembira yang beriringan; tentang kejayaan pingat emas berjaya diraih. Jikapun kita tidak berjaya, sekurang-kurangnya kita berjaya merangkul pingat perak dan gangsa.
Buat semua atlet Malaysia yang tidak berjaya merangkul sebarang pingat, usah kecewa. Apa yang penting adalah, semangat kesukanan yang telah dipamerkan oleh kalian menyerlahkan lagi nilai harmoni kesatuan rakyat Malaysia; tanpa mengira batasan fahaman agama, bangsa, sosio-budaya dan politik partisan.
Jangan 'give up', tak baik. Biar rebah berkali-kali, tetapi kita bangkit dan terus bangkit. Meski 1000 tahun lagi~!
Friday, October 29, 2010
Empat (4) Epik Thriller
Aku berhujah, karya beliau setanding dengan penulis hebat dari Indonesia; Habiburrahman El-Shirazy yang satu ketika pernah menerbitkan novel berjudul Bumi Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta dan lain-lain.

Di samping itu, empat (4) karya tersebut telah diasimilasikan dengan pelbagai rujukan sejarah. Menyerlahkan lagi gaya penceritaan yang harmoni. Beliau juga turut berjaya mengangkat watak serta menghidupkan suasana di antara dua (2) zaman yang berbeza; Kesultanan Melayu Melaka dengan zaman moden.
1- Bagaikan Puteri;
2- Cinta Sang Ratu;
3- Hijab Sang Pencinta; dan
4- Cinta Sufi
RASUKAN SASTERA
Sejak bilakah aku benar-benar dirasuk Kesusateraan Bahasa Melayu ini? Oh, ia bermula sejak suku kedua tahun 2009 lagi. Tatkala mendapat wahyu dari tempat perkerjaan lama untuk memperkasakan penulisan dan penyampaian Bahasa Melayu bagi tujuan syarahan, debat dan lain-lain.
Ceritanya begini....
Sewaktu dengan perkerjaan lama, aku pernah ditegur oleh tiga (3) orang pegawai tinggi yang padaku sangat hebat penguasaan Bahasa Melayunya. Dua (2) orang daripadanya berbangsa India. Manakala seorang lagi pula berbangsa Melayu.
Aku segan sendiri setiap kali ditegur. Masakan aku lahir sebagai orang Melayu masih belum menguasai Kesusateraan Bahasa Melayu sepenuhnya...? Kerana segala minit mesyuarat, laporan dan lain-lain yang dipersembahkan kepada 'Manakan Titah Kan Ku Junjung' pasti terungkai beberapa kesilapan penyusunan ayat, kata dan lain-lain. Selama berbulan-bulan.
Walau bagaimanapun, aku banyak belajar dari kesilapan. Mereka bertiga merupakan mentor aku yang dipertemukan oleh kuasa Allah SWT bagi kehendakNya.
Justeru, ilmu mesti dirungkai dan dihayati. Yang pasti, penguasaan Kesusateraan Bahasa Melayu merupakan aspek terpenting bagi persiapan masa hadapan~!
Tuesday, October 26, 2010
Tukang Tilik Hari Kiamat
Hari ini, kita digemparkan pula mengenai tahun 2013. Matahari sedang berada pada tahap yang kritikal. Kemungkinan besar ia akan memberi kesan kepada planet bumi. Ramai tukang tilik menginjakkan tarikh asal 2012 kepada 2013, sebagai Hari Kiamat pula.
Ironi, golongan yang menjadi 'tukang tilik' meramalkan Hari Kiamat pada tarikh-tarikh tertentu hanya akan menimbulkan resah serta polemik di kalangan manusia sahaja. Sudah beribu kali ramalan seperti ini dibangkitkan sejak dua (2) abad yang lepas. Sebaik sahaja tarikh ditetapkan sedang berlangsung, tiada apa-apa pun yang terjadi.
Melainkan, golongan yang berpegang dengan agama Islam akan menidakkan ramalan sia-sia ini. Hari Kiamat merupakan rahsia Allah SWT. Tiada siapa pun yang tahu termasuk para Malaikat dan Nabi/Rasul. Di dalam kitab Al-Qur'an telahpun ditegaskan.
Memang kita diwajibkan percaya kepada Hari Kiamat. Bahkan ia termaktub di dalam Rukun Iman. Pun begitu, kita dilarang mempercayai ramalan yang direkayasa oleh para tukang tilik seperti ini.
Harapan saya, agar umat Islam tidak terpengaruh dengan propaganda palsu tentang Hari Kiamat yang diramal oleh pihak-pihak berkepentingan.
Monday, October 25, 2010
Hikayat Donat
Pada bulan April 2010 yang lalu, aku berkesempatan untuk menikmai donat Krispy Kreme Doughnuts. Hehehe :p
Krispy Kreme mulai hadir ke tanah air sejak Oktober 2009 lagi. Namun begitu, semasa aku datang menjengah ke lokasi, restoran ini masih dalam penyelenggaraan.
Kewujudan tentang Krispy Kreme diketahui sejak tahun 2003 lagi. Melalui buku teks Principles of Marketing yang dikarang oleh seorang pendeta terhebat Marketing; Philip Kotler sewaktu menuntut jurusan Diploma.
Sejarah tentang Krispy Kreme bermula sejak tahun 1933, sebelum Perang Dunia Ke-2 meletus. Ia diasaskan oleh Vernon Rudolph di Paducah, Kentucky, Amerika Syarikat.
Rudolph menjual donat dengan menunggang basikal pada permulaan awal perniagaannya. Setelah modal pusingan semakin bercambah, perniagaannya menapak ke depan. Dengan membuka restoran pertama Krispy Kreme di Charlotte Pike, Nashville, Tennesse pada tahun 1933.
Setelah itu, operasi menjual donat untuk hidangan rakyat Amerika menjadi semakin hebat setelah beliau berpindah ke Winston-Salem, North Carolina (sekarang ini sudah jadi ibu pejabat)
Okay! Begitulah sejarah ringkas mengenai asal-usul donat ini. Donat yang paling terkenal dan terklasik sekali adalah - Original Glaze. Ianya masih wujud hingga sekarang.
P/S: Takleh lawan donat made in Malaysia yang aku beli di tepi jalan :)
Sunday, October 24, 2010
Bumi Cinta; Suatu Petunjuk

Sejak kecil, jika ada pun novel-novel Melayu yang aku baca, ia hanya berkisar tentang siri penyiasatan. Sebagai contoh; novel Hardy Boys yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Itu pun novel-novel kepunyaan abang-abang aku.
Hasil pemerhatian selama ini, aku dapati kebanyakan novel Melayu di pasaran tidak berpijak di bumi nyata. Peristiwa yang dipaparkan ada unsur plagiat dari sumber-sumber lain. Mungkin ia berlaku demi untuk memenuhi minat pasaran semasa. Kesannya, ia tidak membantu pembaca mengembangkan minda. Malahan, untuk melangkaui pemikiran infiniti pun jauh sekali.
Sebagai contoh; novel-novel Melayu Malaysia mempunyai banyak persamaan. Yakni; kisah cinta. Kisah cinta yang dipaparkan terlalu 'cliche'. Kebanyakannya 'happy ending'. Sang jejaka biasanya tampan, berkeperibadian murni dan hormat ibu bapa. Manakala, sang wanita pula cantik, suci, menjaga tata susila adat ketimuran. Seolah-olah tiada cacat cela. Gaya penceritaan pun disempitkan di dalam ruang yang kecil.
Novel-novel Melayu picisan ini bagaikan seekor katak yang hidup bawah tempurung. Langsung tidak mengusik akal untuk membuatkan pembaca memikirkan soal universal. Melainkan emosi bebalisme semata-mata.
Pun demikian, bukan semua novel Melayu Malaysia beranalogi seperti itu. Bahkan, ada yang memiliki karya yang baik. Setanding dengan negara-negara lain. Karya Pak Sako, Usman Awang, Ramli Awang Murshid, Faisal Tehrani dan beberapa lagi berjaya membuatkan para pembaca berfikir. Pembaca pasti tidak akan menerima bulat-bulat idea yang digarap, melainkan mencabar pembaca untuk berfikiran kritis.
Beberapa bulan yang lalu, aku ada membeli sebuah novel yang mendapat anugerah dari Sasterawan Pemenang Penghargaan SASTERA NUSANTARA peringkat Asia Tenggara. Iaitu; Bumi Cinta. Karya rakyat Indonesia yang bernama; Habiburrahman El-Shirazy. Bahkan, karya beliau seperti 'Ayat-Ayat Cinta' pernah digarap menjadi sebuah filem hebat~!
Aku tertarik untuk membelinya setelah membelek belakang buku tersebut. Bukan setakat cerita cinta. Kerana ada disebutkan tentang persoalan universal. Persoalan yang melingkari pemikiran bangsa Timur dengan Barat.
Semasa aku membaca karya itu, aku cuba untuk mencari kecacatan dan kesalahan yang boleh diperdebatkan. Pun begitu, setelah aku menghabiskan bacaannya, aku terkesima..
Inilah kali pertama aku sanjung penulisannya. Kerana banyak perkara yang aku setuju; dalam menerokai kebenaran hakiki. Penulisannya selari dengan pemikiran aku. Terutama, jawapan mengenai agama, persoalan aqidah, falsafah hidup, jatidiri, sejarah, peradaban, tamadun, rencana jahat Zionism serta hubungan globalisasi.

Dek obsesi dengan novel itu, aku ada melukis salah seorang tokoh rekaan yang bernama Linor Yelinek. Nama lainnya; Sofia Corsova. Dia asalnya seorang pengkhianat. Lalu bertukar menjadi seorang pejuang! Aku fikir dia bisa dijadikan lagenda wanita contoh di Akhir Zaman. :p
Kenapa aku memilih Sofia Corsova sebagai lagenda...? Kerana dia bisa menghayati erti 'BERANI BERUBAH!, tatkala mendapat wahyu daripada Allah SWT. Di hujung waktu sebelum pergi. Dia pergi sebagai Sang Lagenda dalam keadaan yang mulia; husnul khatimah.
Aku bersetuju dengan seorang pemikir yang tidak dikenali. Jika kita hidup dan tinggal di negara kita, usah sempitkan ruang pemikiran dengan keadaan sekeliling sahaja. Kerana mungkin keadaan sekeliling kita ada berkait rapat dengan tempat-tempat lain dari segi nilai sejarah.
Contohnya; sebelum wujudnya Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand (dari Segenting Kra ke wilayah Patani), kita serumpun. Kita banyak berkongsi pegangan, sosio-budaya dan adat resam. Hal ini turut diakui oleh Pedagang dan Penjajah Barat, sebaik sahaja menemui wilayah Nusantara ini, mereka menggelar; Malay Archipelago.
Kenapa perlu berkelahi tentang soal kecil seperti 'Tarian Pendek', lagu Kebangsaan 'NegaraKu' dan lain-lain lagi? Sedangkan kita ada ruang dan masa untuk berkerjasama dan bersatu padu dalam pelbagai perkara.
Sekian, terima kasih.
P/S: AKAL ANUGERAH ALLAH SWT YANG PALING ISTIMEWA KEPADA MANUSIA.
Saturday, October 23, 2010
Subjek Sejarah Wajib Tahun 2013
Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran dan keyakinan dalam menghayati keagungan sejarah tanah air. Agar ia menjadi suatu pedoman.
Selain itu, Subjek ini juga turut menjadi sebahagian dari syarat kukuh sebelum melangkah ke menara gading. Projek ini akan dilaksanakan pada tahun 2013.
(Pengumuman ini dilakukan sewaktu ucapan penggulungan beliau melalui Perhimpunan Agung UMNO 2010 sebentar tadi)
Aku menyambut baik atas inisiatif Kerajaan yang murni ini. Keputusan itu amat tepat pada masanya. Masih belum terlewat untuk kita membetulkan keadaan semasa.
Selama ini mata pelajaran Sejarah kurang difahami dan diminati oleh kebanyakan rakyat jelata. Mungkin kerana cara penyampaiannya atau pendokumentasian yang kurang berkesan?
Akibatnya, ramai yang kurang faham tentang sejarah tanah air ini. Khususnya, buat generasi muda pasca merdeka.
Justeru, aku berharap agar Kerajaan dapat menambah baik, menilai dan menafsirkan semula segala pengisian sejarah dengan fakta yang lebih kukuh dan tepat.
Apa yang berlaku tetap menjadi sejarah. Meskipun pahit untuk ditelan. Meskipun sejarah tidak memihak kepada sesetengah bangsa.
Ini kerana, pelbagai fakta yang kita pelajari selama ini adalah sebahagiannya merupakan kisah-kisah dongeng yang disumbat masuk oleh rekayasa Penjajah British yang licik! Dengan yang demikian, apa kita pelajari dan percaya selama ini adalah palsu belaka.
Rekayasa ini berlaku sejak British menjarah tanah air ini. Ia menjadi lebih kritikal sejak Nusantara telah dipecahkan menjadi dua (2) wilayah baru melalui pakatan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Hakikatnya, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membawa khabar durjana. Wilayah Nusantara dibahagi-bahagikan antara British dan Belanda. Setelah itu, dipecah perintahkan lagi menjadi negeri-negeri yang kecil. Alam Melayu dilanda Fitnah~!
Selama mana mereka menjajah, rejim British dan Belanda telah melakukan pemerkosaan besar-besaran terhadap sejarah Nusantara.
Banyak Manuskrip lama telah dirompak, disorok, diganyang serta ditokok-tambah dengan begitu rakus sekali. Tidak terkecuali, khazanah, Prasasti tamadun-tamadun Kerajaan Melayu serta Kesultanan Melayu Islam Beraja turut dicabul haknya. Terdapat juga tapak-tapak arkeologi seni bina diubah suai. Demi untuk menafikan kewujudan tamadun Melayu.
Pun demikian, mereka tidak bersendirian. Bahkan, British turut dibantu oleh Thai dan Belanda dalam misi untuk menjahanamkan warisan kegemilangan sejarah-sejarah Melayu di seluruh wilayah Nusantara.
Dahulunya, Bangsa Melayu berada dalam satu wilayah yang besar. Wilayah ini dinamakan sebagai Nusantara. Nusa bermaksud ‘negara’. Antara pula ‘Bangsa' yang mempunyai percampuran darah dari pelbagai bangsa yang akhirnya dikenali; Melayu.
Sejak sebelum tahun Masihi wujud lagi, kedudukan geografi wilayah-wilayah Nusantara pernah menjadi pusat laluan perdagangan maritim Antarabangsa yang merentasi Timur dan Barat.
Nusantara juga sangat dikenali oleh tamadun Mesir, Greek, Rom, Babylon dan China. Mereka menggelarkan salah satu wilayah dalam Nusantara sebagai “Punt atau Puno”. Sejarawan yang lahir di Mesir, Claudius Ptolemy (157 Tahun Masihi; kerakyatan Tamadun Rom di Mesir) menggelarkan tanah Semenanjung sebagai Semenanjung Emas atau 'Aurea Chersonese'.

Walaupun terdapat percubaan untuk merosakkan sejarah Nusantara telah dilakukan oleh pelbagai pihak dari dulu hingga sekarang, namun kebenaran kan bangkit jua~!
Mungkin banyak sudah Manuskrip-Manuskrip lama telah lesap, tetapi sejarah Nusantara masih ada tercatat dalam Tamadun-Tamadun purba; berkenaan hubungan mereka dengan Kerajaan-Kerajaan Maritim yang pernah wujud di Nusantara.
Generasi kita tidak akan mampu memimpin masa depan; jika tidak belajar dari Sejarah.
Monday, October 18, 2010
Adat Melayu # Siri 2
Iskandar Dzulkarnain merupakan seorang tokoh yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim A.S. (lebih kurang 4000 tahun yang lalu). Baginda merupakan seorang Raja yang menakhluki tujuh (7) benua dan tujuh (7) lautan di planet Bumi.
(Hingga kini, tiada siapa yang tahu siapakah gerangan sebenar 'Iskandar Dzulkarnain' . Kerana ia masih menjadi persoalan para pengkaji. Pokoknya, baginda hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S. Tiada catatan terperinci mengenainya, melainkan Al-Qur'an).
Iskandar Dzulkarnain pernah sampai ke wilayah Nusantara. Tanah terakhir yang pernah dijejaki oleh Baginda ialah Tanah Andalas (Palembang, Sumatera). Baginda merupakan moyang kepada Demang Lebar Daun, yang menjadi Raja di Negeri Palembang. Asal usul 'Melayu' bermula pada zaman itu.
Demang Lebar Daun merupakan tokoh pemimpin Melayu terawal yang menggagaskan Adat Melayu. Bahasa Melayu mulai berkembang pada zamannya. Baginda juga mewariskan semua Bendahara yang menjadi Raja-Raja selepas kemangkatannya. Maksudnya, sebelum pangkat 'Sultan' digunapakai, (bermula ketika era Islam), Raja-Bendahara merupakan pemerintah asal di wilayah-wilayah Nusantara. Asal Melayu juga, Bendahara yang memulakannya.
Perkembangan Islam di wilayah-wilayah Nusantara bermula akhir tahun 700 Masihi. Ia bermula dari kegiatan perdagangan antarabangsa yang melibatkan Tanah Arab, China dan India. Perkembangan Islam turut berkembang melalui perkahwinan campur. Antara wilayah terawal yang menerima Islam adalah Empayar Kedah Tua dan Pasai (Acheh).
Begitulah sejarahnya secara ringkas. Sebenarnya panjang lagi untuk ditulis. Berbalik kepada Adat melayu.
Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Adat Melayu mulai saling melengkapi. Maksudnya, ia berteraskan dua (2) sendi:
1- HUKUM ADAT; Meliputi Kanun (peraturan turun-temurun oleh pemerintah), Resam (kelaziman), Faham (logika) dan Adat Istiadat.
2- HUKUM SYARIAT; ajaran agama Islam.
Sambung - Siri ke-3 kelak
P/S: Kebanyakan sumber-sumber idea yang saya dapati adalah melalui rujukan karya (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman, Manuskrip Undang-Undang Kedah dan sejarah-sejarah lain.
Friday, October 15, 2010
Adat Melayu # Siri 1
Saya akan menghuraikan secara ringkas dari sumber beliau mengenai 'Adat Melayu'.
“Adat bersendikan syarak,
Syarak bersendikan kitab Allah SWT,
Syarak mengata, adat memakai,
Cermin yang tidak kabur,
Pelita yang tidak padam,”
Tunggu dan nantikan huraian dalam siri kedua :)
Sunday, October 10, 2010
Berkawan
"Berkawan dengan orang pinta seperti berdiri di sisi penjual minyak wangi. Kalau tak dapat minyaknya, paling kurang tercium wanginya. Bergaul dengan orang jahil seperti berdiri di sisi tukang besi. Kalau tak kena baranya, paling kurang kena asapnya,"
(Riwayat Muslim no. 2628)
Saturday, October 9, 2010
Sibuk
Aku mulai dingin untuk menulis sejak aku membuang blog lama. Lalu aku gantikan dengan blog kasut puteh ini.
Aku fikir, dengan adanya kasut puteh, aku bisa menulis seperti biasa. Tetapi, faktor kesibukan hidup telah membuatkan aku menunda impian itu.
Jika aku aktif semula menulis blog, aku pasti akan menulis tentang isu-isu yang lebih luas, membuka minda dan infiniti seperti blog terdahulu.
Jam kini 4.26 pagi, hari Ahad. Aku biasanya tidak suka hari Ahad. Kerana memikirkan hari Isnin. Yang bagiku hari membosankan dalam semua hari. Hehe.
Okaylah. Aku ingin berundur seketika. Aku perlu tidur kerana banyak tugasan kerja yang perlu diselesaikan.
Sekian,
Assalamualaikum WRT...:)
Tuesday, July 27, 2010
26
Pun demikian, jika manusia sedar akan hakikat itu, mereka pasti akan menggunakan pemikirannya dengan baik. Jika sebaliknya, mereka akan mengulangi perkara yang sama sahaja.
Tidak dinafikan, betapa aku bersetuju dengan pendapat tersebut. Aku fikir, perbahasan mengenai perkara ini boleh dijadikan renungan intelektual. Yakni, dalam memahami hakikat kehidupan sebenar.
Bagiku, semua manusia bisa mencapai tahap intelektual yang agung setelah menempuhi asam garam di dalam kehidupan. Dengan syarat, merenung kembali segala proses yang t'lah terjadi. Sejak dari kehidupan awal hingga kini.
(Pun begitu, aku tidak ingat di mana aku membaca artikel tersebut. Haha! Tak mengapa. Mungkin jika menerobos dunia internet, kelak pasti ketemu.)
26
Aku semakin menghampiri 26 tahun. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Bezanya kini, aku amat teruja. Berbanding sewaktu aku berada di peringkat umur 22. Di mana aku gerun menghampiri umur 23. Dan seterusnya pada ulang tahun ke-24 dan 25.
Kenapa ya..? Pada ketika itu, antara peringkat umur 22 dan 23, ia merupakan fasa peralihan. Umur 23 merupakan satu peristiwa di mana kita perlu memikirkan tentang soal kerjaya dan beberapa lagi tanggungjawab yang lain.
Kebetulan, aku baru sahaja selesai pengajian Degree di UiTM Shah Alam pada akhir tahun 2007. Semangat kehidupan kampus masih mekar. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, kehidupan ke alam dewasa telahpun bermula. Pelbagai cabaran baru yang tidak pernah ditempuhi t'lah dilalui. Ada juga yang berliku.
Kadangkala, beberapa rencana hidup melencong dari tujuan hakiki. Terutama, yang melibatkan soal kerjaya. Yang mana, ia tidak melalui kerangka asal. Haha!
Apa yang penting, segala pengalaman baru sejak berumur 23 hingga 25 akan dijadikan panduan di masa depan. Aku pasti menyelak kembali lembaran sejarah yang lalu. Menghidupkan semangat perjuangan matlamat yang asal. Menambah baik apa yang kurang jika segala rencana itu tidak mengikut spektrum yang diimpikan.
Umpama Kasut Puteh. Selagi kudratku masih ada, Kasut Puteh yang tersarung akan tetap Jalan ke depan.
BERANI BERUBAH~!
Sekian,
Monday, July 26, 2010
Rindu Kedah
Bang Rizal, sepupu aku. Sg. Petani Mei, 2007
Setiap kali pulang ke kampong abah aku di Pulau Langkawi, Kedah, aku dan famili tidak pernah lupa untuk singgah di Sungai Petani. Ini kerana aku ada sedara yang tinggal di sana.
Keunikan faktor sejarah, bahasa, sosio-budaya, makanan rasmi serta keindahan flora dan fauna menjadikan negeri Kedah berlainan sedikit jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain.
Meski negeri Kedah terletak di sebelah utara termasuk Pulau Pinang dan Perlis, perbezaan di antara tiga (3) buah negeri masih wujud.
Keindahan Pantai Chenang, Pekan Kuah, Padang Matsirat, Gunong Raya, Air Terjun, barangan bebas cukai dan lain-lain menjadi tarikan utama.
Pun begitu, ada satu (1) tempat yang aku sentiasa pergi; mengunjungi Makam Mahsuri. Faktor sejarahnya membuat aku terkesan. Sejarah Mahsuri atau nama sebenar Wan Mahsuri; juga berkait rapat dengan segala peristiwa di pulau Tersebut.
Kisah Wan Mahsuri kisah benar. Mungkin jika kita membaca cerita Mahsuri, kita menganggap ada beberapa perkara yang t'lah ditokok tambah. Hingga akhirnya, kita melabelkan Mahsuri hanyalah sebuah lagenda.
Perlu diperhalusi betapa gaya bahasa kesusateraan Melayu dahulu kala agung dan indah karyanya.
Semua karya bangsa Melayu sentiasa menyelitkan unsur-unsur perlambangan, asosiasi atau metafora di dalam menyatakan sesuatu makna.
Bahkan, para penulis kesusateraan Melayu dahulu kala mengaitkan unsur-unsur flora dan fauna dalam kehidupan seharian. Bagi yang tidak memahami, segala penakrifan yang asing itu akan dianggap sebagai mitos.
Berbalik kepada Mahsuri. Pangkal gelaran 'Wan' kepada nama Mahsuri itu sendiri mempunyai makna yang tersirat:
1- Pangkal 'Wan' adalah keturunan bangsawan dan pemerintah. Mahsuri mempunyai darah kacukan Arab; dan
2- Kawasan tempat tinggal Mahsuri iaitu di sekitar Padang Matsirat dan Ulu Melaka, Pulau Langkawi merupakan tempat DiRaja Kesultanan Kedah.
Sekian,
Merintis ke Depan!
Apa yang pasti, perkembangan teknologi internet yang sangat pantas membuatkan aku tidak mahu ketinggalan. Dalam erti kata yang holistik, amatlah rugi jika kita tidak mengambil kesempatan yang ada.
Pun demikian, hobi menulis blog mulai suram tatkala aku melangkah ke alam kerjaya. Kesuntukan masa menjadi salah satu faktor. Di samping itu, terdapat beberapa sebab yang lain. Transisi itu bermula seawal tahun 2009.
Dahulu kala, aku gemar berkarya di dua buah (2) blog; di Friendster dan ... :). Jika ia bersifat sensitif, aku akan menulis di Friendster, yang mana hanya aku dan teman-teman rapat sahaja yang bisa membacanya. Maknanya, ia bersifat sulit.
Blog ...
Sebaliknya, jika di blog ..., ia menjurus kepada isu-isu semasa. Digarap untuk tatapan satu dunia. Tidak melibatkan isu-isu peribadi. Yang sedihnya, blog ... akhirnya pupus. Kerana keadaan membuatkan aku tidak lagi boleh menulis isu-isu sensitif.
Walau bagaimanapun, aku puas. Setidaknya, aku menjadi sebahagian daripada anak-anak muda yang kritis terhadap kepimpinan lemah. Meluahkan pendapat di blog ... itu.
Bezanya hanyalah, aku menyokong Kerajaan. Tetapi, aku kritis terhadap sikap sang penguasa yang tidak amanah dan khianat. Sekonyong-konyong berpuitis untuk membela rakyat jelata dan mendaulatkan tanah air. Hakikatnya, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang hanyalah propaganda temberang.
Peralihan kepimpinan pada bulan April 2009 membuka era baru. Patah balik ke arah visi yang asal. Bagaikan horizon yang muncul di ufuk timur. Menyinari semula hari-hari yang gelap.
Era Peralihan
Ah! Lupakan kisah-kisah lama. Ironi, aku masih mencari erti hidup yang hakiki. Selagi kasut puteh masih dalam sarungan, selagi itulah agenda berani berubah merintis ke depan! Dasawarsa baru.
Sekian,
Wednesday, June 23, 2010
Demam World Cup

Edisi World Cup 2010 pada kali ini amat menarik perhatian aku. Berbanding empat (4) tahun yang lepas.
Sejak sekian lama, aku sentiasa menyokong Brasil dan England. Diikuti pula dengan Portugal. Itu dululah. Hari ini, aku menyokong empat (4) pasukan. Kira tambah satu (1) lagilah. Siapa yang menjadi pasukan keempat?
Aku menambah sokongan negara keempat iaitu USA. Aku sukakan USA sejak Landon Donovan beraksi untuk skuad kebangsaan. Donovan ni aku dah minat sejak tahun 2002 lagi. Kerana aksi permainannya sebagai striker memang gempak!
Sejak WC2010 bermula, aku menonton semua perlawanan USA. Semalam, USA menang dengan Algeria 1-0 menerusi jaringan Donovan di minit ke-91. Dalam edisi WC2010, Donovan sudah menyumbang sebanyak dua (2) gol.
Meski aku minat dan menonton perlawanan Brasil dan England, tapi aku dah mulai bosan. Sejak Ronaldinho tidak beraksi untuk Brasil dan juga sejak Capello mengambil tampuk pimpinan sebagai Pengurus England.
Boleh dikatakan, hanya USA dan Portugal yang aku betul-betul minat. Ke'minatan' aku dekat Brasil dan England kurang sebanyak 40%!
Pun demikian, setiap kali World Cup, aku pasti menontonnya. World Cup merupakan ulangan dua (4) tahun sekali. Aku pantang diganggu kerana aku suka menonton di rumah. Aku tak suka tengok highlight games kerana aku sukakan aksi secara 'live'!
USA akan bertemu dengan Ghana di pusingan kedua (Round 16). Aku doakan agar mereka menang dalam misi melangkah ke pusingan suku akhir.
PERKARA LAIN TENTANG USA...?
Ada faktor-faktor lain mengapa aku suka USA.
1. Aku sukakan keindahan negara USA dari segi flora dan faunanya.
2. Kehidupan di USA yang sangat moden.
3. Terdedah dengan drama, filem, animasi, talkshow dan muzik sejak kecil.
4. Cultures & Subcultures
5. Education systems, Ivy League
Thursday, May 20, 2010
World Cup MMX Ads


Kehangatan World Cup MMX makin terasa. Kejohanan ini bakal berlangsung di South Africa.
Pada kebiasaannya, pasukan pilihan aku adalah Brasil dan England. Pasukan-pasukan lain yang pernah aku sokong adalah Norway, USA dan Portugal.
Kini, aku menyokong Brasil, England, Portugal dan USA :)!
Okay, semoga berjaya!
St@nding in the Eyes of the World

Looking back all the years, all the sacrifice
If you want to be the best you've got to pay the price
You learn it from the very start just how hard you must try
'Coz if you don't spread your wings then you can't fly
Look at where you are today
Did you ever think that you would come all this way ?
(And) now you're"St@nding In The Eyes Of The World"
Only moments away from what can be
There's a passion in the hearts of a few
Ever waiting inside to be set free
When the time comes and your spirit takes flight
And you reach into your soul and live it with all of your might
And there's no surprise that you're (And everyone tries when you're)
"St@nding In The Eyes Of The World"

Many have hopes and dreams that will not come true
And all of them left behind now they will live in you
Everyone feels the same once a day in the sun
But sometimes there is only room for one
Never ever been so near now the chance is finally here
Monday, May 10, 2010
Hobi Tatkala Bosan: Lukislah..:p
Ini permulaan baru. Dekad pertama di alaf ke-21. Yeah!
Aku menyambung semula wadah perjuangan lama untuk melukis komik. Secara fitrahnya, hobi melukis komik bermula sejak aku menuntut di sekolah rendah lagi. Hampir semua buku kerja sekolah yang tidak digunakan telah diterjemahkan dengan segala jenis imaginasi.
Pada kebiasaannya, aku suka melukis pemandangan gunung ganang, pokok, manusia, awan, rumah, bangunan dan lain-lain. Aku juga pernah melukis komik bola sepak untuk tatapan rakan-rakan ketika aku Darjah Lima (5) dan Enam (6).
Ketika aku menuntut di tahun akhir Tingkatan Lima (5), komik pendek mengenai kisah tauladan pernah disiarkan di surat khabar sekolah. Hehe...

Di peringkat Universiti, hampir semua buku teks yang dibeli dari awal hingga tamat pengajian UiTM turut menjadi medan meluahkan imaginasi.
Kadangkala, jika aku ingin lebih memahami apa-apa pelajaran dalam semua subjek, aku akan lakarkan dalam bentuk visualisasi.
Kini, zaman belajar telah berlalu. Aku mahu menyambung semula hobi lamaku yang tertangguh. Yakni, melukis komik. Seingat aku, komik pendek yang terakhir aku buat pada tahun 2009 ialah mengenai "Langkawi di Vatoskan!''
Di bawah merupakan contoh hasil kerja aku ketika kebosanan. Hehe..
Saksikan selitan kisah Hikayat MASrubah: Misi Emma Roberts yang mendebarkan. Selebihnya, hanya untuk simpanan peribadi di hari tua aku. Hahaha!

Update:Sambung..
Wednesday, May 5, 2010
Aku Bebas!
Bebas; Bisa ditakrifkan sebagai erti kata 'merdeka'.Sudah lama aku tidak mengarang di blog. Kerjaya lama telah membuatkan aku terikat dengan perjanjian. Aku tidak boleh menulis terutamanya yang melibatkan apa-apa isu sensitif. Hanya isu-isu biasa sahaja. Tapi, tak mengapa.

Peralihan bulan April, 2010 telahpun berlaku. Aku telah menyahut cabaran untuk Berani Berubah! Aku akan menapak ke depan semula. Menyambung wadah perjuangan yang tulus. Mencari rahsia di muka bumi dengan cara hakiki. Tanpa menoleh ke belakang lagi.
Selama setahun aku kehilangan perasaan menjadi optimistik. Ini kerana, aku melakukan sesuatu yang tidak diminati. Sedangkan aku masih muda. Hehe memang pon.
Keputusan untuk meletakkan jawatan pada 30 Mac 2010 adalah tepat. Aku tak peduli apa orang nak kata. Aku tahu apa yang aku nak dalam hidup. Siapapun tiada hak untuk menidakkan impian aku dalam mencorakkan masa depan.
Hikayat hidupku, aku yang tentukan. Epilog akhir, aku yang tentukan. Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengembalikan aku semula kepada impian asal. Kerjaya baru sekarang adalah 1perjuangan yang murni.
Berkat doa, restu ayah dan bonda, aku pasti menggapai semua impian itu kelak.
Aku percaya apa yang aku lihat tentang masa depan. Aku bukan tunggu dan lihat baru nak percaya. The Rise of Wisdom 2010: the Great Escape!

Aku di kiri. Bersama Penakhlok Tanjong Tuan menggapai impian
Sunday, March 28, 2010
Generasi Muda Waspada Taktik Halus Pihak Asing - Tun Dr.M
Perdana menteri keempat yang menerajui negara selama 22 tahun itu berkata pihak asing akan mengambil kesempatan atas label globalisasi dan liberalisasi untuk melaksanakan agenda mereka itu.
"Kita kini menghadapi pelbagai cabaran dari dunia luar ketika kita sedang menikmati kemajuan negara pada usia ke-53 tahun kemerdekaan negara dengan pelbagai ancaman termasuk melalui laman blog," katanya ketika berucap pada perasmian Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di sini, semalam.
Majlis itu dirasmikan Ketua Pengarah Jasa Datuk Fuad Hassan dan turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tokoh sejarah Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim serta 50 penuntut terbaik institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan insitusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Dr Mahathir berkata generasi muda seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas untuk menangani dan menghadapi ancaman pihak asing.
Selain itu, beliau meminta mereka supaya membantu kerajaan meneruskan perjuangan negara ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
Dr Mahathir berkata kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan tinggi untuk bidang pendidikan bagi membentuk mereka menjadi generasi cemerlang dalam mencapai kemajuan pada masa depan.
"Saya berpendapat generasi muda tetap mempunyai peranan kerana mereka akan mewarisi negara ini...golongan tua ini bukan hendak duduk sampai bila-bila... tidak boleh, tetapi nak serah kepada pihak laih, pihak lain itu perlu membuat persediaan untuk memahami apa itu negara Malaysia, apa sistem yang diamalkan, masalah kaum di negara ini dan sebagainya.
"Apabila telah memahami, mereka perlu mengadakan perbincangan sesama mereka dan baru akan mendapat idea yang boleh menyumbang kepada pembangunan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020," katanya.
Beliau berkata generasi muda seterusnya perlu mengelakkan diri daripada mempercayai bahan berita yang disiar menerusi laman blog yang cuba mempengaruhi mereka.
Sementara itu, ketika ditanya seorang penuntut semasa sesi dialog mengenai sekiranya diberi peluang untuk kembali menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata: "Saya tak nak..cukup sekali menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
"Tiada perdana menteri yang menerajui kerajaan selama itu.
"Saya hanya hendak jadi ahli Umno biasa," katanya. - BERNAMA
Tuesday, March 16, 2010
6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional / 6 National Key Result Areas (NKRA)
Antara intipati tersebut adalah:
Mengurangkan Kadar Jenayah (Reduction of crime rate)
Memerangi Rasuah (Combating corruption)
Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan (Widening access to affordable and quality education)
Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah (Raising the living standard of the Poor)
Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman (Improving Infrastructure in rural areas)
Menambah Baik Pengangkutan Awam Dalam Jangka Masa Sederhana ( Improving public transport in the Medium term)
Monday, March 15, 2010
April

Aku ditanya oleh teman-teman rapat mengenai sejauh mana iltizam aku untok merealisasikan perkara tersebut.
Jawapan yang diberikan adalah aku komited untok mencapai impian itu dan azamku makin membara bagi menterjemahkan maksud 'Berani Berubah' dalam erti kata yang sebenarnya.
Kerana apa?
"...Because we are worth more than that,"
Wednesday, March 10, 2010
Friday, March 5, 2010
EMAS

Apa yang menarik perhatian, tiga buah model ini diterbangkan ke Geneva, Switzerland untok menyertai Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80 (IGMS) buat pertama kali.
Kejayaan terbaru PROTON itu membuktikan kesunggohannya untuk bersaing di peringkat global dalam misi memperkenalkan kereta nasional di seluruh pelusok planet bumi.
Mantan Perdana Menteri Keempat (4), YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bapa PROTON) merangkap Penasihat PROTON turut hadir menyaksikan pelancaran bersejarah itu bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Proton - Datuk Mohd. Nazmi Mohd. Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan (Group CEO) PROTON - Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir dan Pengerusi Italdesign Giugiaro - Fabrizio Giugiaro.
CEO PROTON, Datuk Syed mengulas bahawa tiga (3) buah kereta EMAS memerlukan tempoh antara 17 hinga 24 bulan untuk berada di pasaran menjelang tahun 2012.
Selain itu, Tun Dr. Mahathir menyifatkan kejayaan PROTON pada hari ini sejak diterajui oleh Datuk Mohd. Nazmi merupakan pemangkin kepada kebangkitan semula PROTON di pasaran tempatan dan antarabangsa. Malah, beliau yakin bahawa PROTON kini telah nekad dan bersedia untok melangkah lebih jauh ke peringkat global dan akan melalui zaman-zaman keemasannya kelak!
Proton t'lah BERANI BERUBAH!
Belilah barangan buatan Malaysia :).
Thursday, March 4, 2010
Peralihan Fasa Baru
Memasuki alam perkerjaan merupakan alam baru di mana aku perlu bersedia untok mengambil tanggongjawab yang lebih besar dari yang sabelomnya. Segala keinginan untok menikmati hidop ini perlu ditanggong olih diri sendiri.
Pra-persiapan untok meniti alam perkerjaan telah pon dimulakan sewaktu tahon akhir belajar lagi ketika menjalani praktikal di sabuah syarikat swasta. Rentetan dari pengalaman itu, aku juga t'lah bersedia untok dicampakkan ke mana-mana cerok di planet bumi satu masa nanti.
Aku pasti bahwa peralihan untok fasa seterusnya akan berlaku di masa depan demi untok menggapai impian yang belum terlaksana. Hari ini, hasrat tersebot tetap mekar dan membara.
Kata orang "Going beyond expectations" merupakan cara yang terbaik demi mencapai impian. Aku juga terinspirasi dengan saorang tokoh tanah air yang sentiasa menekankan semangat 'Malaysia Boleh' walau di mana kita berada. Benar kata beliau betapa perjuangan kita belom selesai.
Gambar dibawah adalah konotasi kepada erti Berani Berubah!
Wednesday, February 24, 2010
Tanah Air # 2
Ada yang berhujah: sekiranya anda berhasrat untok berbakti pada tanah air, berkhidmat di sektor awam merupakan salah satu caranya. Ini kerana anda dapat berhubungan terus dengan rakyat jelata. Dengan berkhidmat di sektor awam, anda akan menjadi nadi penggerak kepada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan melalui pembangunan rohani dan jasmani untok kesejahteraan rakyat.
Pun demikian, tidak semestinya soal berbakti pada tanah air hanya menjadi hakmilik penjawat awam sahaja, ia turut menjadi hakmilik buat semua rakyat jelata.
Soal berbakti pada tanah air mempunyai maksod yang subjektif. Malah, ia boleh diterjemahkan melalui dimensi yang pelbagai. Sebagai contoh:
berkhidmat di sektor swasta hingga bisa mengharumkan perkhidmatan dari Malaysia ke peringkat global melalui Malaysia Airlines, Petronas, Proton, Telekom, TNB, Sime Darby, UMW dan lain-lain.
membikin iklan, drama, dokumentari dan filem yang berunsurkan patriotisme;
mewakili negara dalam arena sukan di peringkat dalam dan luar negara;
Sponsorship dari firma-firma swasta dalam pelbagai program - F1, Bola Sepak, Badminton serta bidang-bidang yang lain;
jenama Malaysia melalui restoran ke peringkat global- Secret Recipe, Marry Brown, kopitiam, 1901 Hotdog dan sebagainya;
penulisan dalam apa-apa karya yang mengandungi unsur-unsur patriotisme; dan lain-lain.
Penjelasan yang tertera di atas merupakan konotasi usaha pemerintah dan rakyat yang berhubung kait di dalam menjayakan agenda pembangunan tanah air demi kesejahteraan rakyat. Yang penting adalah, kita semua boleh berbakti pada Malaysia dengan apa cara sekalipon.
Sekian,
Tuesday, February 23, 2010
Tanah Air # 1
Selain didedahkan dengan pelbagai program dari dalam negara, aku juga menonton program dari luar negara. Doraemon, Ultraman, the Kickers, Thundercat, G.I. Joe dan kartun dari Warner Bros dan Disney. Sejak itu, aku memasang hasrat untok melawat negara-negara yang menerbitkan program tersebot iaitu U.S.A dan Jepon.
Apa yang disedari ialah, semua program yang ditonton banyak menterjemahkan unsur-unsur cintakan tanah air. Sebagai contoh, kartun Doraemon dan the Kickers sentiasa memaparkan sikap masyarakat yang sayangkan Jepon. Begitu juga kartun Thundercat, G.I. Joe serta pelbagai kartun yang berasal dari Warner Bros dan Disney di Amerika Syarikat.
Awal tahun 1996, kartun versi Malaysia selangkah ke depan. Usop Sontorian menjadi kegilaan bagi anak-anak muda seusia aku. Usop Sontorian sentiasa meletakkan elemen cintakan tanah air dalam setiap episodnya. Soal perpaduan, jati diri dan berbakti kepada tanah air telah di angkat pada tahap tertinggi.
Setelah itu, muncol pula kartun Anak-Anak Sidek yang berkisar tentang kehidupan Sidek sekeluarga dalam permainan badminton sehingga mereka mewakili Malaysia ke peringkat global pada 1980-1990an.
sambung...
The Valentine's Day

Pada mulanya, aku fikir Cuti Tahun Baru China akan membuatkan kota-kota di Selangor dan Kuala Lumpor hening dan senyap saperti Hari Raya Aidilfitri.
Pun demikian, tekaan aku tak benar sama sekali! Maseh ramai orang berkampong serta menjalani kehidopan biasa di merata tempat.
Apa yang menarik perhatian untok aku menonton filem ini ialah, ramai selebriti Hollywood yang berlakon dalam filem tersebut terutamanya Emma Roberts, aktres pujaan aku masakini.
Aku terdetik untok menonton ekoran abang dan kakak ipar memaklomkan yang mereka akan menonton filem tersebot di Sunway Pyramid waktu malam. Kata mereka, jualan tiket pada hari Ahad hampir kehabisan termasok tayangan akhir waktu.
Apa lagi, aku bersiap dan bergegas segera ke Sunway Pyramid. Bila aku sampai ke destinasi, aku dapati ramai orang bersiar-siar di gedong membeli belah itu. Lalu aku menapak laju ke TGV seolah-olah nak pergi mengambil peperiksaan semester akhir. Sesampai saja ke sana, ramai orang beratur panjang hingga ke luar perkarangan pintu masok.
Aku memberaturkan diri selama 45 minit. Apa yang menarik, aku mendapat tiket terakhir bagi tayangan jam 11.55 malam! Haha! Memang tak sia-sia usaha main redah.
Kebiasaannya, aku menonton apa-apa filem dengan famili dan rakan-rakan. Tetapi, adakalanya aku akan menonton wayang keseorangan sekiranya ada sesetengah filem itu menarik perhatian aku hingga aku tak bisa tunggu lagi. Saperti Transformers 2 tempoh hari..
Berbalik kepada topik asal. Genre filem lebih menjurus kepada epik cinta dan komedi ringan. Banyak garapan perjalanan cerita tersebot dapat diagak dengan mudah sabenarnya..
Cuma ada satu babak yang membuatkan aku kagum dan sedikit terkejot mengenai Emma Roberts pada akhir cerita. Nak tau pergi tengoklah babak itu.
Aku juga terkesan dengan lagu yang dimainkan pada akhir cerita bertajok 'Today Was a Fairy Tale' nyanyian Taylor Swift.







