Showing posts with label Tanah Air. Show all posts
Showing posts with label Tanah Air. Show all posts

Friday, March 5, 2010

EMAS


Proton melakar satu lagi sejarah buat tanah air melalui penampilan pertama tiga buah model kereta konsep baru yang dikenali sebagai EMAS (Eco Mobility Advance Solution).

Apa yang menarik perhatian, tiga buah model ini diterbangkan ke Geneva, Switzerland untok menyertai Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80 (IGMS) buat pertama kali.

Kejayaan terbaru PROTON itu membuktikan kesunggohannya untuk bersaing di peringkat global dalam misi memperkenalkan kereta nasional di seluruh pelusok planet bumi.

Mantan Perdana Menteri Keempat (4), YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bapa PROTON) merangkap Penasihat PROTON turut hadir menyaksikan pelancaran bersejarah itu bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Proton - Datuk Mohd. Nazmi Mohd. Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan (Group CEO) PROTON - Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir dan Pengerusi Italdesign Giugiaro - Fabrizio Giugiaro.

CEO PROTON, Datuk Syed mengulas bahawa tiga (3) buah kereta EMAS memerlukan tempoh antara 17 hinga 24 bulan untuk berada di pasaran menjelang tahun 2012.

Selain itu, Tun Dr. Mahathir menyifatkan kejayaan PROTON pada hari ini sejak diterajui oleh Datuk Mohd. Nazmi merupakan pemangkin kepada kebangkitan semula PROTON di pasaran tempatan dan antarabangsa. Malah, beliau yakin bahawa PROTON kini telah nekad dan bersedia untok melangkah lebih jauh ke peringkat global dan akan melalui zaman-zaman keemasannya kelak!

Proton t'lah BERANI BERUBAH!

Belilah barangan buatan Malaysia :).

Wednesday, February 24, 2010

Tanah Air # 2

Ada yang berhujah: sekiranya anda berhasrat untok berbakti pada tanah air, berkhidmat di sektor awam merupakan salah satu caranya. Ini kerana anda dapat berhubungan terus dengan rakyat jelata. Dengan berkhidmat di sektor awam, anda akan menjadi nadi penggerak kepada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan melalui pembangunan rohani dan jasmani untok kesejahteraan rakyat.

Pun demikian, tidak semestinya soal berbakti pada tanah air hanya menjadi hakmilik penjawat awam sahaja, ia turut menjadi hakmilik buat semua rakyat jelata.

Soal berbakti pada tanah air mempunyai maksod yang subjektif. Malah, ia boleh diterjemahkan melalui dimensi yang pelbagai. Sebagai contoh:

berkhidmat di sektor swasta hingga bisa mengharumkan perkhidmatan dari Malaysia ke peringkat global melalui Malaysia Airlines, Petronas, Proton, Telekom, TNB, Sime Darby, UMW dan lain-lain.

membikin iklan, drama, dokumentari dan filem yang berunsurkan patriotisme;

mewakili negara dalam arena sukan di peringkat dalam dan luar negara;

Sponsorship dari firma-firma swasta dalam pelbagai program - F1, Bola Sepak, Badminton serta bidang-bidang yang lain;

jenama Malaysia melalui restoran ke peringkat global- Secret Recipe, Marry Brown, kopitiam, 1901 Hotdog dan sebagainya;

penulisan dalam apa-apa karya yang mengandungi unsur-unsur patriotisme; dan lain-lain.

Penjelasan yang tertera di atas merupakan konotasi usaha pemerintah dan rakyat yang berhubung kait di dalam menjayakan agenda pembangunan tanah air demi kesejahteraan rakyat. Yang penting adalah, kita semua boleh berbakti pada Malaysia dengan apa cara sekalipon.

Sekian,

Tuesday, February 23, 2010

Tanah Air # 1

Sewaktu kecil, aku gemar menonton rancangan kartun, drama, dokumentari dan filem, dari stesen TV1, TV2 dan TV3. Pada ketika itu, ASTRO masih belom wujud.

Selain didedahkan dengan pelbagai program dari dalam negara, aku juga menonton program dari luar negara. Doraemon, Ultraman, the Kickers, Thundercat, G.I. Joe dan kartun dari Warner Bros dan Disney. Sejak itu, aku memasang hasrat untok melawat negara-negara yang menerbitkan program tersebot iaitu U.S.A dan Jepon.

Apa yang disedari ialah, semua program yang ditonton banyak menterjemahkan unsur-unsur cintakan tanah air. Sebagai contoh, kartun Doraemon dan the Kickers sentiasa memaparkan sikap masyarakat yang sayangkan Jepon. Begitu juga kartun Thundercat, G.I. Joe serta pelbagai kartun yang berasal dari Warner Bros dan Disney di Amerika Syarikat.

Awal tahun 1996, kartun versi Malaysia selangkah ke depan. Usop Sontorian menjadi kegilaan bagi anak-anak muda seusia aku. Usop Sontorian sentiasa meletakkan elemen cintakan tanah air dalam setiap episodnya. Soal perpaduan, jati diri dan berbakti kepada tanah air telah di angkat pada tahap tertinggi.

Setelah itu, muncol pula kartun Anak-Anak Sidek yang berkisar tentang kehidupan Sidek sekeluarga dalam permainan badminton sehingga mereka mewakili Malaysia ke peringkat global pada 1980-1990an.

sambung...