Friday, March 5, 2010

EMAS


Proton melakar satu lagi sejarah buat tanah air melalui penampilan pertama tiga buah model kereta konsep baru yang dikenali sebagai EMAS (Eco Mobility Advance Solution).

Apa yang menarik perhatian, tiga buah model ini diterbangkan ke Geneva, Switzerland untok menyertai Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80 (IGMS) buat pertama kali.

Kejayaan terbaru PROTON itu membuktikan kesunggohannya untuk bersaing di peringkat global dalam misi memperkenalkan kereta nasional di seluruh pelusok planet bumi.

Mantan Perdana Menteri Keempat (4), YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bapa PROTON) merangkap Penasihat PROTON turut hadir menyaksikan pelancaran bersejarah itu bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Proton - Datuk Mohd. Nazmi Mohd. Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan (Group CEO) PROTON - Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir dan Pengerusi Italdesign Giugiaro - Fabrizio Giugiaro.

CEO PROTON, Datuk Syed mengulas bahawa tiga (3) buah kereta EMAS memerlukan tempoh antara 17 hinga 24 bulan untuk berada di pasaran menjelang tahun 2012.

Selain itu, Tun Dr. Mahathir menyifatkan kejayaan PROTON pada hari ini sejak diterajui oleh Datuk Mohd. Nazmi merupakan pemangkin kepada kebangkitan semula PROTON di pasaran tempatan dan antarabangsa. Malah, beliau yakin bahawa PROTON kini telah nekad dan bersedia untok melangkah lebih jauh ke peringkat global dan akan melalui zaman-zaman keemasannya kelak!

Proton t'lah BERANI BERUBAH!

Belilah barangan buatan Malaysia :).

No comments:

Post a Comment