Thursday, March 4, 2010

Peralihan Fasa Baru

Aku mempunyai impian untuk menjadi saorang yang berjaya dalam hidop. Setelah melepasi fasa kehidopan zaman persekolahan dan zaman belajar di IPT, peralihan telah berlaku sebaik saja aku meniti 24 tahun.

Memasuki alam perkerjaan merupakan alam baru di mana aku perlu bersedia untok mengambil tanggongjawab yang lebih besar dari yang sabelomnya. Segala keinginan untok menikmati hidop ini perlu ditanggong olih diri sendiri.

Pra-persiapan untok meniti alam perkerjaan telah pon dimulakan sewaktu tahon akhir belajar lagi ketika menjalani praktikal di sabuah syarikat swasta. Rentetan dari pengalaman itu, aku juga t'lah bersedia untok dicampakkan ke mana-mana cerok di planet bumi satu masa nanti.

Aku pasti bahwa peralihan untok fasa seterusnya akan berlaku di masa depan demi untok menggapai impian yang belum terlaksana. Hari ini, hasrat tersebot tetap mekar dan membara.

Kata orang "Going beyond expectations" merupakan cara yang terbaik demi mencapai impian. Aku juga terinspirasi dengan saorang tokoh tanah air yang sentiasa menekankan semangat 'Malaysia Boleh' walau di mana kita berada. Benar kata beliau betapa perjuangan kita belom selesai.

Gambar dibawah adalah konotasi kepada erti Berani Berubah!

No comments:

Post a Comment