Tuesday, February 1, 2011

Wednesday, December 15, 2010

Bicara Politik


  1. Minggu lepas, omong-omong politik mengenai situasi politik di Kedah bergema di Utusan Malaysia.
  2. Ini berikutan hasrat YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abdul Razak merangkap Presiden UMNO Malaysia yang ingin melakukan perubahan saf kepimpinan UMNO di peringkat Negeri-Negeri yang kritikal dalam masa terdekat.
  3. Secara tidak langsung, nama YB Datuk Mukhriz Mahathir, ahli Parlimen Jerlun telah disebut-sebut sebagai calon yang terbaik untuk mengisi jawatan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Dalam misi untuk menawan kembali Negeri Kedah yang telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihanraya ke-12, bulan Mac 2008;
  4. Pada masa ini, situasi politik UMNO di Negeri Kedah masih haru-biru. Meskipun akar umbi mahukan perubahan, masih terdapat sebahagian daripada pemimpin peringkat Negeri itu yang bertelagah sama sendiri serta tidak bersatu-padu.
  5. Pun begitu, keputusan muktamad hanya bakal diketahui kelak. Sangat menarik. Kita tunggu~!

Wednesday, December 8, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Pasukan Hoki Malaysia Cemerlang

Ihsan gambar: Utusan online

Saya tidak berkempatan untuk menonton perlawanan separuh akhir hoki yang menemukan Malaysia menentang India petang tadi. Pun begitu, saya mengetahui keputusan itu melalui ulasan berita sukan Buletin Utama di TV3.

Kejayaan membenam India 4-3 petang tadi sekali gus melakar sejarah baru buat Malaysia apabila kita berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk julung kalinya.

Edisi Sukan Asia ke-16 pada kali ini berlangsung di Guangzhou, China. Bermula dari 12 November 2010 hingga 27 November 2010. Tinggal hanya empat (4) hari sahaja lagi.

Sejak ia berlangsung, Malaysia telah berjaya meraih sebanyak enam (6) pingat emas. Tinggal tiga (3) sahaja lagi pingat emas untuk melengkapkan sasaran kita iaitu sembilan (9) pingat emas.

Didoakan agar hari-hari terakhir kelak kita mendapat khabar gembira yang beriringan; tentang kejayaan pingat emas berjaya diraih. Jikapun kita tidak berjaya, sekurang-kurangnya kita berjaya merangkul pingat perak dan gangsa.

Buat semua atlet Malaysia yang tidak berjaya merangkul sebarang pingat, usah kecewa. Apa yang penting adalah, semangat kesukanan yang telah dipamerkan oleh kalian menyerlahkan lagi nilai harmoni kesatuan rakyat Malaysia; tanpa mengira batasan fahaman agama, bangsa, sosio-budaya dan politik partisan.

Jangan 'give up', tak baik. Biar rebah berkali-kali, tetapi kita bangkit dan terus bangkit. Meski 1000 tahun lagi~!

Sekian,

Friday, October 29, 2010

Empat (4) Epik Thriller

Saudara Ramlee Awang Murshid merupakan salah seorang penulis novel Bahasa Melayu yang hebat Malaysia di alaf baru, kurun ke-21. Sudah banyak judul berjaya diterbitkan menjadi fenomena agung. Bagai halilintar membelah langit tatkala novel beliau memasuki toko-toko buku.

Aku berhujah, karya beliau setanding dengan penulis hebat dari Indonesia; Habiburrahman El-Shirazy yang satu ketika pernah menerbitkan novel berjudul Bumi Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta dan lain-lain.

Siri pertama

Untuk makluman kalian, empat (4) epik thriller bersiri ini berkisar tentang hubungan dua (2) zaman yang berbeza 500 tahun, kemanusiaan, kepahlawanan, nilai sejarah nusa bangsa, pertalian antarabangsa dan cinta. Semua perkara ini mendasari perjalanan epik yang saling berasosiasi.

Di samping itu, empat (4) karya tersebut telah diasimilasikan dengan pelbagai rujukan sejarah. Menyerlahkan lagi gaya penceritaan yang harmoni. Beliau juga turut berjaya mengangkat watak serta menghidupkan suasana di antara dua (2) zaman yang berbeza; Kesultanan Melayu Melaka dengan zaman moden.

Siri kedua

Siri ketiga

Siri keempat (akhir)

Pada 26 Mac 2010 (Jumaat) yang lalu, aku telah membeli tiga (3) epik pertama. Semalam, 28 Oktober 2010 (Khamis), aku membeli epik akhir penceritaan keluaran terbaru yang berjudul Cinta Sufi. Disenaraikan empat (4) judul tersebut ialah:

1- Bagaikan Puteri;
2- Cinta Sang Ratu
;
3- Hijab Sang Pencinta
; dan
4- Cinta Sufi



RASUKAN SASTERA

Sejak bilakah aku benar-benar dirasuk Kesusateraan Bahasa Melayu ini? Oh, ia bermula sejak suku kedua tahun 2009 lagi. Tatkala mendapat wahyu dari tempat perkerjaan lama untuk memperkasakan penulisan dan penyampaian Bahasa Melayu bagi tujuan syarahan, debat dan lain-lain.

Bagi maksud itu, aku telah mulakan dengan membaca makalah dan surat khabar. Pada ketika itu, aku belum lagi mulakan dengan membaca novel.

Ceritanya begini....

Sewaktu dengan perkerjaan lama, aku pernah ditegur oleh tiga (3) orang pegawai tinggi yang padaku sangat hebat penguasaan Bahasa Melayunya. Dua (2) orang daripadanya berbangsa India. Manakala seorang lagi pula berbangsa Melayu.

Aku segan sendiri setiap kali ditegur. Masakan aku lahir sebagai orang Melayu masih belum menguasai Kesusateraan Bahasa Melayu sepenuhnya...? Kerana segala minit mesyuarat, laporan dan lain-lain yang dipersembahkan kepada 'Manakan Titah Kan Ku Junjung' pasti terungkai beberapa kesilapan penyusunan ayat, kata dan lain-lain. Selama berbulan-bulan.

Walau bagaimanapun, aku banyak belajar dari kesilapan. Mereka bertiga merupakan mentor aku yang dipertemukan oleh kuasa Allah SWT bagi kehendakNya.

Justeru, ilmu mesti dirungkai dan dihayati. Yang pasti, penguasaan Kesusateraan Bahasa Melayu merupakan aspek terpenting bagi persiapan masa hadapan~!

Tuesday, October 26, 2010

Tukang Tilik Hari Kiamat

Isu hangat tentang Hari Kiamat yang dikhabarkan akan berlaku pada tahun 2012 di media massa atau diskusi tidak mendatangkan apa-apa faedah langsung.

Hari ini, kita digemparkan pula mengenai tahun 2013. Matahari sedang berada pada tahap yang kritikal. Kemungkinan besar ia akan memberi kesan kepada planet bumi. Ramai tukang tilik menginjakkan tarikh asal 2012 kepada 2013, sebagai Hari Kiamat pula.

Ironi, golongan yang menjadi 'tukang tilik' meramalkan Hari Kiamat pada tarikh-tarikh tertentu hanya akan menimbulkan resah serta polemik di kalangan manusia sahaja. Sudah beribu kali ramalan seperti ini dibangkitkan sejak dua (2) abad yang lepas. Sebaik sahaja tarikh ditetapkan sedang berlangsung, tiada apa-apa pun yang terjadi.

Melainkan, golongan yang berpegang dengan agama Islam akan menidakkan ramalan sia-sia ini. Hari Kiamat merupakan rahsia Allah SWT. Tiada siapa pun yang tahu termasuk para Malaikat dan Nabi/Rasul. Di dalam kitab Al-Qur'an telahpun ditegaskan.

Memang kita diwajibkan percaya kepada Hari Kiamat. Bahkan ia termaktub di dalam Rukun Iman. Pun begitu, kita dilarang mempercayai ramalan yang direkayasa oleh para tukang tilik seperti ini.

Harapan saya, agar umat Islam tidak terpengaruh dengan propaganda palsu tentang Hari Kiamat yang diramal oleh pihak-pihak berkepentingan.

Monday, October 25, 2010

Hikayat Donat



Pada bulan April 2010 yang lalu, aku berkesempatan untuk menikmai donat Krispy Kreme Doughnuts. Hehehe :p

Krispy Kreme mulai hadir ke tanah air sejak Oktober 2009 lagi. Namun begitu, semasa aku datang menjengah ke lokasi, restoran ini masih dalam penyelenggaraan.

Kewujudan tentang Krispy Kreme diketahui sejak tahun 2003 lagi. Melalui buku teks Principles of Marketing yang dikarang oleh seorang pendeta terhebat Marketing; Philip Kotler sewaktu menuntut jurusan Diploma.

Santapan pertama: kopi panas dengan dua (2) keping donat coklat dan Original Glaze

Sejarah tentang Krispy Kreme bermula sejak tahun 1933, sebelum Perang Dunia Ke-2 meletus. Ia diasaskan oleh Vernon Rudolph di Paducah, Kentucky, Amerika Syarikat.


Santapan Kedua: masih dengan Original Glaze bersama Cheese, tak silap aku :p

Rudolph menjual donat dengan menunggang basikal pada permulaan awal perniagaannya. Setelah modal pusingan semakin bercambah, perniagaannya menapak ke depan. Dengan membuka restoran pertama Krispy Kreme di Charlotte Pike, Nashville, Tennesse pada tahun 1933.

Setelah itu, operasi menjual donat untuk hidangan rakyat Amerika menjadi semakin hebat setelah beliau berpindah ke Winston-Salem, North Carolina (sekarang ini sudah jadi ibu pejabat)

Okay! Begitulah sejarah ringkas mengenai asal-usul donat ini. Donat yang paling terkenal dan terklasik sekali adalah - Original Glaze. Ianya masih wujud hingga sekarang.

P/S: Takleh lawan donat made in Malaysia yang aku beli di tepi jalan :)