Monday, July 13, 2009

The Wild Child


Tayangan the Wild Child merupakan cerita kegemaran aku kerana pelakon favorite aku; Emma Roberts menjadi watak utama di dalam filem itu. Ia berkisar tentang seorang budak perempuan kaya yang manja, nakal dan sarcastic telah dicampak masuk ke sekolah di England oleh bapanya. Pelbagai ragam telah diterjemahkan di setiap babak.

Sejak menonton lakonan Emma di filem Nancy Drew, Aquamarine serta pernah muncul di siri komedi TV popular di Nickelodeon; Drake & Josh beberapa tahun yang lalu, aku dah jatoh hati dekat dia kerana lakonannya yang hebat dan lawak. Saksikan filem ini!

Sunday, July 12, 2009

Tun Dr. Mahathir, Selamat Hari Lahir ke-84


Selamat Hari Lahir yang ke 84 diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Majlis sambutan berlangsung di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya pada 10 Julai 2009.

Semoga panjang umor dan murah rezeki.




PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dimansuhkan oleh Kerajaan pada minggu lepas.

Isu ini telah menimbulkan banyak kontroversi di antara pihak yang menyokong dan juga bagi pihak yang menentang PPMSI daripada dimansuhkan.

Pelbagai respon dapat didengari dari pelbagai pihak. Antaranya ialah
:

Komen Tun Dr. Mahathir Mohamad:

"Saya tidak terperanjat mendengar kekecewaan dan malah kemarahan terhadap kerajaan berhubung keputusan (memansuhkan) pengajaran Matematik dan Sains,"

"Nampaknya, kerajaan tidak mendengar suara rakyat."

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

Komen Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Saya memberitahu Tun Dr Mahathir bahawa jika polisi ini diteruskan kita bimbang ia akan memberi kesan yang tidak begitu baik kepada kepada pelajar."

"Segala mengenai polisi ini telah dijelaskan kepada Tun dan beliau boleh menerima dengan baik,"

"Kita terangkan kepada Tun (Dr Mahathir) mengenai keupayaan guru yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris. Kita juga beritahu terdapat jurang yang besar di kalangan murid sekolah kebangsaan dengan murid sekolah bukan kebangsaan,"

"Ini bukan keputusan untuk kepentingan politik tetapi untuk masa depan anak-anak kita,"

"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,"

"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,"

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing,"

"Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI,"

"Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama. Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,"

Komen Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein

"Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu."

"Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan,"

Komen Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar

"mendengar pandangan rakyat" dan membuat "keputusan yang bijak".

"Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar,"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,"

"Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat,"

Komen Datuk Mukhriz Mahathir

"People say the Malay language is the soul of the nation but this may no longer be the case as knowledge is now the soul of the nation,"

Mukriz, who is also Jerlun member of parliament, said checks with Dewan Bahasa dan Pustaka showed that there were only six documents on nano technology -- two papers each from Universiti Sains Malaysia and Universiti Kebangsaan Malaysia, and another two articles in magazines.

"But if you were to Google it, there would be hundreds of thousands of papers on nano technology in English,"He said history showed that the Japanese learnt German to understand German technology, before coming out with their own technological innovations.

"By the same token, we need to be proficient in English to have access to the latest technology," he said, adding that knowledge acquisition would enhance the country's competitiveness.

Komen Tun Abdullah Ahmad Badawi

"Sebelum ini kita banyak mendapat memorandum meminta untuk mengkaji semula, maka kita menetapkan supaya satu kajian dibuat mengikut tempoh pelaksanaan dasar itu iaitu selama enam tahun (2003 hingga 2009),"

"Dan semalam keputusan telah dicapai menerusi kajian selama enam tahun itu. Itu membuktikan keputusan semalam dibuat bukan kerana desakan,"

Saya yakin, dasar baru ini akan memantapkan lagi pembelajaran para pelajar dan mereka juga akan lebih mudah menguasai kedua-dua bahasa itu tanpa ada sebarang masalah pada masa depan terutama untuk ke universiti,"

Monday, June 8, 2009

Hikayat Putrajaya: Kebangkitan Malaysia Abad ke-21

Putrajaya merupakan sebuah bandar pentadbiran kerajaan Malaysia. Bagi sesiapa yang pertama kali kunjung ke sini, mereka pasti dapat merasakan suasana keindahan kota serba moden yang memukau ini.

Pertama kali aku melawat ke Putrajaya ialah pada tahun 2003 bersama keluarga. Ketika itu, kira-kira 60 persen fasiliti & infrastruktur yang tertumpu di kawasan pusat pentadbiran (presint 1 dan 2) telah hampir siap dibina.

Kini, Pembangunan Putrajaya hampir selesai. Aku kagum dengan keindahan kota ini, terutamanya jalan panjang yang ditafsirkan sebagai boulevard merupakan sebuah kawasan yang terindah pada pandangan mata aku!

Saat-saat aku meneguk kopi panas (shrrp..) sambil me'ngap' roti bakar disaluti kaya di sebuah restoran bawah Masjid Putrajaya merupakan suatu kenangan manis. Alangkah indah jika dapat menyaksikan para pelayar menaiki bahtera berlayar di persekitaran Tasik Putrajaya sambil menyantap makanan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Bapa Pemodenan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas ideanya yang bernas untuk mendirikan kota kelas pertama ini.

Sedikit Informasi Tentang Putrajaya

Putrajaya dibangunkan sebagai sebuah pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di mana hampir semua Kementerian, Jabatan & Agensi Kerajaan telah dipusatkan (centralisation) di hub yang sama. Sebelum ini, pentadbiran Kerajaan berpusat di Kuala Lumpur manakala Kementerian, Jabatan dan Agensi agak berjauhan.

Ekoran daripada kesesakan yang berlaku di Kuala Lumpur, maka wujudlah idea pembangunan kota Putrajaya.

Hasil daripada pembangunan Putrajaya, rakyat dan orang asing tidak perlu lagi bersesak-sesak di Kuala Lumpur seperti dahulu. Sekaligus ia dapat menjimatkan kos (masa, tenaga dan logistik) untuk rakyat jelata dan orang luar berurusan dengan Kerajaan kerana pemusatan kuasa Pentadbiran Kerajaan Persekutuan telahpun berada di tempat yang sama.

Selain itu, keindahan kota Putrajaya ini merupakan salah satu strategi pemasaran jangka panjang (long term marketing strategy) demi untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia. Unsur-unsur penghayatan kesenian Islam wujud dari apa yang kita lihat melalui pembangunan jaringan fasiliti dan infrastukturnya.

Rentetan daripada pembangunan Putrajaya ini, ia dapat mengembangkan kemajuan ekonomi persekitaran; kewujudan bandar-bandar baru; peluang perniagaan; pusat pendidikan; pusat kesihatan; perumahan; pertanian; sains, teknologi & komunikasi; serta sistem jaringan logistik yang lebih efisien dan teratur.

Sebagai contoh: kini, Bangi, Sepang, Puchong, Dengkil dan Nilai telahpun berkembang pesat kerana terkesan dengan pembangunan Putrajaya.

Kebangkitan Malaysia

Dapat disimpulkan bahawa:

Putrajaya ialah bibit-bibit kebangkitan Malaysia sebagai sebuah pusat kuasa ekonomi, pentadbiran, politik, kewangan, sains & teknologi, agama, pendidikan, kemajuan sosial & masyarakat, seni budaya & warisan, kesihatan dan ketenteraan yang terulung.

Mungkinkah faktor-faktor di atas bakal membawa Malaysia bangkit menjadi sebuah kuasa baru dunia dari Timur pada abad ke-21 ini kelak..?

Sunday, June 7, 2009

Deklarasi 0606

Deklarasi 0606 telah digagaskan pada hari Sabtu, pukul 2 pagi, 6 Jun 2009. Ia berlangsung di sebuah restoran mamak berdekatan simpang, di Bangsar.

Para tetamu yang hadir adalah terdiri daripada aku, Ibrahem, Zeti, Al-Rashid dan Henry.

Menikmati teh tarik dan lain-lain minuman telah menambahkan lagi kehangatan untuk berdiskusi.

Ada dua perkara yang telah berbangkit sewaktu diskusi itu. Dua perkara ini telah dipersetujui oleh kami semua untuk menjalankan aktiviti bersama di masa hadapan:

1- supaya ditubuhkan kan music band; dan

2- Penubuhan kelab underground untuk bermain inline skating atau rollerblade seawal-awal bulan Ogos ini

Secara kebetulan, Deklarasi 0606 jatuh pada hari lahir Zeti. Selamat harijadi.

Diskusi ditangguhkan pada masa akan datang.

Tuesday, June 2, 2009

Perwatakan Bulan Lahir

Hai kalian!

Anda lahir di planet bumi pada bulan berapa..? Mungkinkah ciri-ciri di bawah menterjemahkan sikap anda yang sebenarnya..? Hehe.


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat prihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Monday, May 25, 2009

Salam Kasut Puteh

Salam..

Blog ini dinamakan sebagai kasut puteh. Ia merupakan suatu simbol perjalanan hidop ku yang sentiasa mengharungi pelbagai fasa kehidupan yang penuh pengembaraan.

Kini, aku berada di fasa kehidupan seterusnya..

Hari ini,esok dan lusa...,

...kasut puteh ini akan terus bertapak merentasi masa, menyusuri jalan, lohong dan lorong, meredah tujuh benua dan lautan di mana semangat berani berubah akan sentiasa mengiringi ku.

Setiap tapak kasut puteh ku ini akan terus melangkah ke hadapan demi merungkai serta menghayati erti kehidupan sebenar di planet bumi ini...,

kerana aku kini dengan kasut puteh ku...