Tuesday, July 27, 2010

26

Aku pernah terbaca tentang sebuah artikel dua (2) tahun yang lalu. Artikel itu menyatakan bahawa manusia akan mencapai tingkat kematangan pemikiran tertinggi tatkala menjangkau umur 26 tahun. Ia dikhabarkan oleh seorang pemikir sosiologi Barat. Maksudnya, dari segi kebijaksanaan fungsi akal dan otak.

Pun demikian, jika manusia sedar akan hakikat itu, mereka pasti akan menggunakan pemikirannya dengan baik. Jika sebaliknya, mereka akan mengulangi perkara yang sama sahaja.

Tidak dinafikan, betapa aku bersetuju dengan pendapat tersebut. Aku fikir, perbahasan mengenai perkara ini boleh dijadikan renungan intelektual. Yakni, dalam memahami hakikat kehidupan sebenar.

Bagiku, semua manusia bisa mencapai tahap intelektual yang agung setelah menempuhi asam garam di dalam kehidupan. Dengan syarat, merenung kembali segala proses yang t'lah terjadi. Sejak dari kehidupan awal hingga kini.

(Pun begitu, aku tidak ingat di mana aku membaca artikel tersebut. Haha! Tak mengapa. Mungkin jika menerobos dunia internet, kelak pasti ketemu.)

26

Aku semakin menghampiri 26 tahun. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Bezanya kini, aku amat teruja. Berbanding sewaktu aku berada di peringkat umur 22. Di mana aku gerun menghampiri umur 23. Dan seterusnya pada ulang tahun ke-24 dan 25.

Kenapa ya..? Pada ketika itu, antara peringkat umur 22 dan 23, ia merupakan fasa peralihan. Umur 23 merupakan satu peristiwa di mana kita perlu memikirkan tentang soal kerjaya dan beberapa lagi tanggungjawab yang lain.

Kebetulan, aku baru sahaja selesai pengajian Degree di UiTM Shah Alam pada akhir tahun 2007. Semangat kehidupan kampus masih mekar. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, kehidupan ke alam dewasa telahpun bermula. Pelbagai cabaran baru yang tidak pernah ditempuhi t'lah dilalui. Ada juga yang berliku.

Kadangkala, beberapa rencana hidup melencong dari tujuan hakiki. Terutama, yang melibatkan soal kerjaya. Yang mana, ia tidak melalui kerangka asal. Haha!

Apa yang penting, segala pengalaman baru sejak berumur 23 hingga 25 akan dijadikan panduan di masa depan. Aku pasti menyelak kembali lembaran sejarah yang lalu. Menghidupkan semangat perjuangan matlamat yang asal. Menambah baik apa yang kurang jika segala rencana itu tidak mengikut spektrum yang diimpikan.

Umpama Kasut Puteh. Selagi kudratku masih ada, Kasut Puteh yang tersarung akan tetap Jalan ke depan.


BERANI BERUBAH~!

Sekian,

Monday, July 26, 2010

Rindu Kedah



Bang Rizal, sepupu aku. Sg. Petani Mei, 2007

Setiap kali pulang ke kampong abah aku di Pulau Langkawi, Kedah, aku dan famili tidak pernah lupa untuk singgah di Sungai Petani. Ini kerana aku ada sedara yang tinggal di sana.

Keunikan faktor sejarah, bahasa, sosio-budaya, makanan rasmi serta keindahan flora dan fauna menjadikan negeri Kedah berlainan sedikit jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain.

Meski negeri Kedah terletak di sebelah utara termasuk Pulau Pinang dan Perlis, perbezaan di antara tiga (3) buah negeri masih wujud.

Keindahan Pantai Chenang, Pekan Kuah, Padang Matsirat, Gunong Raya, Air Terjun, barangan bebas cukai dan lain-lain menjadi tarikan utama.

Pun begitu, ada satu (1) tempat yang aku sentiasa pergi; mengunjungi Makam Mahsuri. Faktor sejarahnya membuat aku terkesan. Sejarah Mahsuri atau nama sebenar Wan Mahsuri; juga berkait rapat dengan segala peristiwa di pulau Tersebut.

Kisah Wan Mahsuri kisah benar. Mungkin jika kita membaca cerita Mahsuri, kita menganggap ada beberapa perkara yang t'lah ditokok tambah. Hingga akhirnya, kita melabelkan Mahsuri hanyalah sebuah lagenda.

Perlu diperhalusi betapa gaya bahasa kesusateraan Melayu dahulu kala agung dan indah karyanya.

Semua karya bangsa Melayu sentiasa menyelitkan unsur-unsur perlambangan, asosiasi atau metafora di dalam menyatakan sesuatu makna.

Bahkan, para penulis kesusateraan Melayu dahulu kala mengaitkan unsur-unsur flora dan fauna dalam kehidupan seharian. Bagi yang tidak memahami, segala penakrifan yang asing itu akan dianggap sebagai mitos.

Berbalik kepada Mahsuri. Pangkal gelaran 'Wan' kepada nama Mahsuri itu sendiri mempunyai makna yang tersirat:

1- Pangkal 'Wan' adalah keturunan bangsawan dan pemerintah. Mahsuri mempunyai darah kacukan Arab; dan

2- Kawasan tempat tinggal Mahsuri iaitu di sekitar Padang Matsirat dan Ulu Melaka, Pulau Langkawi merupakan tempat DiRaja Kesultanan Kedah.



Sekian,

Merintis ke Depan!

Tahun 2006 hingga 2008 merupakan era 'blogging' yang sentiasa mengasak dalam kehidupan harian aku. Blogging bagaikan 'karya falsafah' yang mengasyikkan. Lambakan penulisan kritis sentiasa tergarap. Mencengkam waktu hampir setiap minggu.

Apa yang pasti, perkembangan teknologi internet yang sangat pantas membuatkan aku tidak mahu ketinggalan. Dalam erti kata yang holistik, amatlah rugi jika kita tidak mengambil kesempatan yang ada.

Pun demikian, hobi menulis blog mulai suram tatkala aku melangkah ke alam kerjaya. Kesuntukan masa menjadi salah satu faktor. Di samping itu, terdapat beberapa sebab yang lain. Transisi itu bermula seawal tahun 2009.

Dahulu kala, aku gemar berkarya di dua buah (2) blog; di Friendster dan ... :). Jika ia bersifat sensitif, aku akan menulis di Friendster, yang mana hanya aku dan teman-teman rapat sahaja yang bisa membacanya. Maknanya, ia bersifat sulit.


Blog ...


Sebaliknya, jika di blog ..., ia menjurus kepada isu-isu semasa. Digarap untuk tatapan satu dunia. Tidak melibatkan isu-isu peribadi. Yang sedihnya, blog ... akhirnya pupus. Kerana keadaan membuatkan aku tidak lagi boleh menulis isu-isu sensitif.

Walau bagaimanapun, aku puas. Setidaknya, aku menjadi sebahagian daripada anak-anak muda yang kritis terhadap kepimpinan lemah. Meluahkan pendapat di blog ... itu.

Bezanya hanyalah, aku menyokong Kerajaan. Tetapi, aku kritis terhadap sikap sang penguasa yang tidak amanah dan khianat. Sekonyong-konyong berpuitis untuk membela rakyat jelata dan mendaulatkan tanah air. Hakikatnya, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang hanyalah propaganda temberang.

Peralihan kepimpinan pada bulan April 2009 membuka era baru. Patah balik ke arah visi yang asal. Bagaikan horizon yang muncul di ufuk timur. Menyinari semula hari-hari yang gelap.

Era Peralihan

Ah! Lupakan kisah-kisah lama. Ironi, aku masih mencari erti hidup yang hakiki. Selagi kasut puteh masih dalam sarungan, selagi itulah agenda berani berubah merintis ke depan! Dasawarsa baru.

Sekian,

Wednesday, June 23, 2010

Demam World Cup



Edisi World Cup 2010 pada kali ini amat menarik perhatian aku. Berbanding empat (4) tahun yang lepas.

Sejak sekian lama, aku sentiasa menyokong Brasil dan England. Diikuti pula dengan Portugal. Itu dululah. Hari ini, aku menyokong empat (4) pasukan. Kira tambah satu (1) lagilah. Siapa yang menjadi pasukan keempat?

Aku menambah sokongan negara keempat iaitu USA. Aku sukakan USA sejak Landon Donovan beraksi untuk skuad kebangsaan. Donovan ni aku dah minat sejak tahun 2002 lagi. Kerana aksi permainannya sebagai striker memang gempak!

Sejak WC2010 bermula, aku menonton semua perlawanan USA. Semalam, USA menang dengan Algeria 1-0 menerusi jaringan Donovan di minit ke-91. Dalam edisi WC2010, Donovan sudah menyumbang sebanyak dua (2) gol.

Meski aku minat dan menonton perlawanan Brasil dan England, tapi aku dah mulai bosan. Sejak Ronaldinho tidak beraksi untuk Brasil dan juga sejak Capello mengambil tampuk pimpinan sebagai Pengurus England.

Boleh dikatakan, hanya USA dan Portugal yang aku betul-betul minat. Ke'minatan' aku dekat Brasil dan England kurang sebanyak 40%!

Pun demikian, setiap kali World Cup, aku pasti menontonnya. World Cup merupakan ulangan dua (4) tahun sekali. Aku pantang diganggu kerana aku suka menonton di rumah. Aku tak suka tengok highlight games kerana aku sukakan aksi secara 'live'!

USA akan bertemu dengan Ghana di pusingan kedua (Round 16). Aku doakan agar mereka menang dalam misi melangkah ke pusingan suku akhir.

PERKARA LAIN TENTANG USA...?
Ada faktor-faktor lain mengapa aku suka USA.

1. Aku sukakan keindahan negara USA dari segi flora dan faunanya.

2. Kehidupan di USA yang sangat moden.

3. Terdedah dengan drama, filem, animasi, talkshow dan muzik sejak kecil.

4. Cultures & Subcultures

5. Education systems, Ivy League

Thursday, May 20, 2010

World Cup MMX Ads





Kehangatan World Cup MMX makin terasa. Kejohanan ini bakal berlangsung di South Africa.

Pada kebiasaannya, pasukan pilihan aku adalah Brasil dan England. Pasukan-pasukan lain yang pernah aku sokong adalah Norway, USA dan Portugal.

Kini, aku menyokong Brasil, England, Portugal dan USA :)!

Okay, semoga berjaya!

St@nding in the Eyes of the World



Looking back all the years, all the sacrifice
If you want to be the best you've got to pay the price
You learn it from the very start just how hard you must try
'Coz if you don't spread your wings then you can't fly
Look at where you are today
Did you ever think that you would come all this way ?

(And) now you're"St@nding In The Eyes Of The World"
Only moments away from what can be
There's a passion in the hearts of a few
Ever waiting inside to be set free
When the time comes and your spirit takes flight
And you reach into your soul and live it with all of your might

And there's no surprise that you're (And everyone tries when you're)
"St@nding In The Eyes Of The World"



Many have hopes and dreams that will not come true
And all of them left behind now they will live in you
Everyone feels the same once a day in the sun
But sometimes there is only room for one
Never ever been so near now the chance is finally here

Monday, May 10, 2010

Hobi Tatkala Bosan: Lukislah..:p

Hye!

Ini permulaan baru. Dekad pertama di alaf ke-21. Yeah!

Aku menyambung semula wadah perjuangan lama untuk melukis komik. Secara fitrahnya, hobi melukis komik bermula sejak aku menuntut di sekolah rendah lagi. Hampir semua buku kerja sekolah yang tidak digunakan telah diterjemahkan dengan segala jenis imaginasi.

Pada kebiasaannya, aku suka melukis pemandangan gunung ganang, pokok, manusia, awan, rumah, bangunan dan lain-lain. Aku juga pernah melukis komik bola sepak untuk tatapan rakan-rakan ketika aku Darjah Lima (5) dan Enam (6).

Ketika aku menuntut di tahun akhir Tingkatan Lima (5), komik pendek mengenai kisah tauladan pernah disiarkan di surat khabar sekolah. Hehe...


04 April, 2005: Bawah perpustakaan UiTM Alor Gajah Melaka. Persediaan terakhir sebelum mengambil kertas Research Methodology yang amatlah susah buat hari esok.

Di peringkat Universiti, hampir semua buku teks yang dibeli dari awal hingga tamat pengajian UiTM turut menjadi medan meluahkan imaginasi.

Kadangkala, jika aku ingin lebih memahami apa-apa pelajaran dalam semua subjek, aku akan lakarkan dalam bentuk visualisasi.

Kini, zaman belajar telah berlalu. Aku mahu menyambung semula hobi lamaku yang tertangguh. Yakni, melukis komik. Seingat aku, komik pendek yang terakhir aku buat pada tahun 2009 ialah mengenai "Langkawi di Vatoskan!''

Di bawah merupakan contoh hasil kerja aku ketika kebosanan. Hehe..

Saksikan selitan kisah Hikayat MASrubah: Misi Emma Roberts yang mendebarkan. Selebihnya, hanya untuk simpanan peribadi di hari tua aku. Hahaha!




Update:

Sambung..