Dua (2) hari yang lalu, aku sempat menonton sedikit filem Puteri Gunong Ledang di TV2. Ketika itu, aku sedang asyik tukar-tukar channel di Astro. Sementara menunggu perlawanan Chelsea vs Liverpool. Sebelum itu, aku tidak tahu TV2 ada menayangkan filem tersebut.
Aku tidak pernah menonton filem epik itu sebelum ini. Meskipun hanya sempat menonton 30 minit akhir, gaya penceritaannya amat mengasyikkan. Bagaikan tercampak ke ruang masa 500 tahun yang lalu.
Aku teruja setiap kali dialog dibicarakan oleh para watak. Keagungan gaya bahasa kesusasteraan Bahasa Melayunya amat terserlah, kaya dengan budi bahasa yang agong.
Di sebalik set penggambaran sekitar kawasan Gunong Ledang yang juga terkenal dengan kekayaan flora dan fauna, ada satu (1) perkara yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca.
Gunong Ledang sudah lama dikenali sejak ribuan tahun lampau sebagai landmark buat para pelayar yang ingin mencari arah tuju ke selatan Semenanjung Tanah Melayu. Dahulu kala, ia turut dikenali sebagai Mountain Ophir. Banyak kisah misteri yang dibukukan oleh para penulis sejarawan tentang Gunong Ledang.
Salah satunya adalah, khazanah emas yang tersimpan. Benarkah...? Tidak mustahil. Kerana itu merupakan anugerah Allah SWT kepada bumi Nusantara. Lagipun, dalam sejarah, pernah diceritakan tentang orang dahulu kala mencari emas di kawasan tersebut.
Untuk makluman anda, nama Mountain Ophir ini asalnya dari Bahasa Hebrew. Orang Yahudi dahulu kala telah lama mengenali wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara. Selain itu, dikatakan Nabi Sulaiman A.S. yang juga Raja dunia pada ketika itu pernah melawat ke Gunong Ledang bagi mendapatkan emas yang terbaik dan tulen di dunia.
No comments:
Post a Comment