Pulau Langkawi merupakan syurga beli belah cokelat bebas cukai (duty free) yang terkemuka di tanah air kita. Kalian dapat menikmati harga 30-50% lebih murah berbanding di Semenanjung Tanah Melayu.
Tanggal 2003, aku berkunjung ke Pulau Langkawi. Pulau ini merupakan rutin tahunan yang selalu aku pergi sejak kecil. Setiap kali ke sana, aku pasti singgah ke pekan Kuah. Terdapat banyak kedai yang menjual cokelat import.
Pun begitu, ada satu (1) jenama yang membuatkan aku tertarik setelah mengamati ciri-cirinya. Sejak itu, ia menjadi cokelat kegemaran hingga sekarang.

Ritter Sport
Apa yang menariknya:
1. Ia wujud sejak 1912 lagi. Cokelat ini berasal dari Waldenbuch, berdekatan Stuttgart, Jerman (Deutscheland). Ada nilai sejarah. Dicipta oleh seorang tokoh bernama Alfred Ritter. Di Jerman, coklat ini dikenali sebagai Ritter's Sport Schokolade;
2. Cokelat bar ini bersaiz 16 smaller square berbentuk tablet kecil. Mudah dibawa ke mana-mana sekalipun hatta di dalam poket baju atau seluar;
3. Bungkusan (air-cushion packaging), logo, amat menarik; dan
4. Memiliki nilai estesika yang tinggi dari segi asosiasi jenama Ritter Sport dengan aktiviti luar (outdoor activity). Tertera nama 'Sport' menjadi faktor yang buatkan aku teruja.
Okay, antara yang menjadi perisa kegemaran:
- whole almonds (Ganze Mandels) - bungkusan hijau gelap
- whole hazelnuts (Voll-Nuss) - bungkusan kuning
- cornflakes (Knusperflakes) - bungkusan kuning
Sebenarnya banyak jenis cokelat Ritter Sport, tetapi tiga (3) yang terutama inilah yang menjadi pilihan utama. Namun, masih terdapat beberapa perisa yang aku belum cuba seperti cokelat jenis biskut dan waffle.
Kali terakhir aku makan cokelat ini pada bulan Oktober tahun lepas.
Oh ya! Kalian perlu mencubanya tanpa perlu terbang ke Langkawi! Di hypermarket seperti Carrefour dan Tesco, KLIA dan lain-lain ada cokelat ini :)
No comments:
Post a Comment