Thursday, February 17, 2011

Sumbu Jiwa




'Sumbu jiwa' ibarat kunci kepada hati setiap manusia. Terdapat keindahan, hikmah dan ilmu yang bisa dipelajari dari Al-Qur'an ul-Kareem. Kerana penolong sebaik-baiknya adalah Allah SWT.

Ia merupakan perjalanan terbaik untuk kembali menapak ke arah jalan yang lurus serta meletakkan kiblat hakiki pada setiap hati mukmin kepada Allah SWT.

Berikut adalah 11 surah yang menjadi amalan para Solihin, pejuang Islam serta Ahlul Bayt sepanjang zaman.

Surah-Surah:

1. Al-Fatihah

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: "Ibu kepada seluruh Al-Qur'an adalah surah yang mengandungi tujuh (7) ayat yang berulang-ulang," - HR Bukhari

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: "Barangsiapa yang dapat menguasai permulaan tujuh (7) juzuk atau ayat daripada Al-Qur'an tergolong di kalangan orang alim (berilmu) - Hakim, Dhahabi

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: "Di dalam permulaan dalam Al-Qur'an, terkandung penyembuh segala penyakit," - HR ad-Darimi

2. Al-Kahfi

Daripada Imam Ahmad, daripada Abi Al-Darda, Nabi Muhammad SAW besabda, mafhumnya: "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir dari Surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al-Dajjal," - Muslim dan Nasa'i

3. Yaasin

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: "Setiap sesuatu mempunyai hati, hati bagi Al-Qur'an ialah surah Yaasin. Barangsiapa membaca surah Yassin sekali, Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran seumpama mengkhatamkan seluruh Al-Qur'an sebanyak sepuluh kali," - Tirmidzi, Darimi

4. Ad-Dukhan

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan setiap malam, tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakan keampunan untuknya," - HR Tirmidzi

5. Ar-Rahmaan

Dari Abdullah Ibn Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda, mafhumnya: "Setiap sesuatu ada perhiasannya, dan perhiasan bagi Al-Qur'an adalah surah Ar-Rahmaan,"
- HR Baihaqi

6. Al-Waqi'ah

Sabda Rasullulah SAW, mafhumnya: "Siapa membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesuasahna atau kemiskinan selama-lamanya," - HR Baihaqi dari Ibnu Mas'ud R.A.

Surah Al-Waqi'ah adalah surah kekayaan, bacalah dan ajarkanlah ia kepaa anak-anakmu - HR Ibnu Asakir

7. Al-Mulk

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: "Surah Al-Mulk adalah penghalang dari azab kubur," - Hakim & Nasa'i

8. Al-Kafiruun

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: "Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca surah Al-Kafiruun kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik," - HR Tirmidzi

Dari Abdullah Ibnu Abbas R.A. dan Anas bin Malik R.A. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, mafhumnya: "Surah ini menyamai satu perempat (1/4) daripada Al-Qur'an," - HR Tirmidzi

9. Al-Ikhlas

Dari Anas R.A. katanya "Apabila kamu membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas ketika hendak tidur, akan terpelihara dan dijauhkan dari sebarang ketakutan kecuali maut," - HR Bara'a

10. Al-Falaq

Rasulullah SAW sering memohon perlindungan daripada kejahatan Jinn dan juga dari pandangan jelik Syaitan sehinggalah Baginda diwahyukan surah Al-Falaq dan Surah An-Naas. Setelah kedua-dua surah ini diturunkan, Baginda SAW hanya mengamalkan surah-surah ini dan meninggalkan yang selainnya. - HR Tirmidzi, Riyadh us-Salihin oleh Imam An-Nawawi

11. An-Nas

Dari A'shah R.A. meiwayatkan bahawa apabila Rasulullah SAW jatuh sakit, Baginda SAW akan membaca Mu'awwidhat (yakni surah Al-Falaq) dan surah An-Nas) dan kemudian menghembuskan ke seluruh tubuh Baginda. Apabila Baginda ditimpa sakit kuat, saya akan membacakan kedua-dua surha tersebut dan membantu menyapukan tangan Baginda ke seluruh tubuh Baginda dengan mengharapkan keberkatan surah itu. - Sahih Al-Bukhari

Dari Uqbah Ibnu Amir R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Tiadalah satu (1) orang yang memohon perlindungan memeperolehi perlindungan sebagaimana yang didapatinya dari dua (2) surah ini," - Abu Dawud


Tuesday, February 8, 2011

Gunong Ledang; Khazanah Yang Tersimpan

Dua (2) hari yang lalu, aku sempat menonton sedikit filem Puteri Gunong Ledang di TV2. Ketika itu, aku sedang asyik tukar-tukar channel di Astro. Sementara menunggu perlawanan Chelsea vs Liverpool. Sebelum itu, aku tidak tahu TV2 ada menayangkan filem tersebut.

Aku tidak pernah menonton filem epik itu sebelum ini. Meskipun hanya sempat menonton 30 minit akhir, gaya penceritaannya amat mengasyikkan. Bagaikan tercampak ke ruang masa 500 tahun yang lalu.

Aku teruja setiap kali dialog dibicarakan oleh para watak. Keagungan gaya bahasa kesusasteraan Bahasa Melayunya amat terserlah, kaya dengan budi bahasa yang agong.

Di sebalik set penggambaran sekitar kawasan Gunong Ledang yang juga terkenal dengan kekayaan flora dan fauna, ada satu (1) perkara yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca.

Gunong Ledang sudah lama dikenali sejak ribuan tahun lampau sebagai landmark buat para pelayar yang ingin mencari arah tuju ke selatan Semenanjung Tanah Melayu. Dahulu kala, ia turut dikenali sebagai Mountain Ophir. Banyak kisah misteri yang dibukukan oleh para penulis sejarawan tentang Gunong Ledang.

Salah satunya adalah, khazanah emas yang tersimpan. Benarkah...? Tidak mustahil. Kerana itu merupakan anugerah Allah SWT kepada bumi Nusantara. Lagipun, dalam sejarah, pernah diceritakan tentang orang dahulu kala mencari emas di kawasan tersebut.

Untuk makluman anda, nama Mountain Ophir ini asalnya dari Bahasa Hebrew. Orang Yahudi dahulu kala telah lama mengenali wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara. Selain itu, dikatakan Nabi Sulaiman A.S. yang juga Raja dunia pada ketika itu pernah melawat ke Gunong Ledang bagi mendapatkan emas yang terbaik dan tulen di dunia.



Monday, February 7, 2011

Avril Lavigne (Goodbye Lullaby)


Yeah! Avril rocks the earth again!

She is set to release her 4th album (Goodbye Lullaby) on March 8, 2011. Her first single "What the Hell" was released on January 11, 2011. This album carry the same genre which is pop rock. It has about 18 songs recorded.

After listening to "What the Hell", My verdict; against all odd and yet another humor filled performance. Avril quoted that this song displayed a broad message of personal freedom. I guess, she dedicated this song to her ex husband, Deryck Whibley (Sum 41).

Avril Lavigne has been one (1)) of the biggest music icon in the world since year 2002. I enjoy her music so much ever since the first single 'Complicated' came in the spotlight. Above all, I still regard her first (1st) album as the best ever. 'coz it reminds me of the early 2002 until 2005 back in the days on campus.

Her style has changed over the years. From being a teenage sk8er pop punk princess, she is now more into sophisticated fashion. And yet, rebel.

To all die-hard fans out there, I know you can't wait for the release of 'Goodbye Lullaby'. You can pre-order the album at nationwide music stores around.

Chill out watcha yelling for~!

Tuesday, February 1, 2011

Wednesday, December 15, 2010

Bicara Politik


  1. Minggu lepas, omong-omong politik mengenai situasi politik di Kedah bergema di Utusan Malaysia.
  2. Ini berikutan hasrat YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abdul Razak merangkap Presiden UMNO Malaysia yang ingin melakukan perubahan saf kepimpinan UMNO di peringkat Negeri-Negeri yang kritikal dalam masa terdekat.
  3. Secara tidak langsung, nama YB Datuk Mukhriz Mahathir, ahli Parlimen Jerlun telah disebut-sebut sebagai calon yang terbaik untuk mengisi jawatan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Dalam misi untuk menawan kembali Negeri Kedah yang telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihanraya ke-12, bulan Mac 2008;
  4. Pada masa ini, situasi politik UMNO di Negeri Kedah masih haru-biru. Meskipun akar umbi mahukan perubahan, masih terdapat sebahagian daripada pemimpin peringkat Negeri itu yang bertelagah sama sendiri serta tidak bersatu-padu.
  5. Pun begitu, keputusan muktamad hanya bakal diketahui kelak. Sangat menarik. Kita tunggu~!

Wednesday, December 8, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Pasukan Hoki Malaysia Cemerlang

Ihsan gambar: Utusan online

Saya tidak berkempatan untuk menonton perlawanan separuh akhir hoki yang menemukan Malaysia menentang India petang tadi. Pun begitu, saya mengetahui keputusan itu melalui ulasan berita sukan Buletin Utama di TV3.

Kejayaan membenam India 4-3 petang tadi sekali gus melakar sejarah baru buat Malaysia apabila kita berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk julung kalinya.

Edisi Sukan Asia ke-16 pada kali ini berlangsung di Guangzhou, China. Bermula dari 12 November 2010 hingga 27 November 2010. Tinggal hanya empat (4) hari sahaja lagi.

Sejak ia berlangsung, Malaysia telah berjaya meraih sebanyak enam (6) pingat emas. Tinggal tiga (3) sahaja lagi pingat emas untuk melengkapkan sasaran kita iaitu sembilan (9) pingat emas.

Didoakan agar hari-hari terakhir kelak kita mendapat khabar gembira yang beriringan; tentang kejayaan pingat emas berjaya diraih. Jikapun kita tidak berjaya, sekurang-kurangnya kita berjaya merangkul pingat perak dan gangsa.

Buat semua atlet Malaysia yang tidak berjaya merangkul sebarang pingat, usah kecewa. Apa yang penting adalah, semangat kesukanan yang telah dipamerkan oleh kalian menyerlahkan lagi nilai harmoni kesatuan rakyat Malaysia; tanpa mengira batasan fahaman agama, bangsa, sosio-budaya dan politik partisan.

Jangan 'give up', tak baik. Biar rebah berkali-kali, tetapi kita bangkit dan terus bangkit. Meski 1000 tahun lagi~!

Sekian,