Sunday, December 6, 2009

Fantasi


Kanak-kanak gemar berfantasi ketika kecil. Mereka mula berfantasi seawal umur 3 bulan. Apabila aku mendapat anak buah pada tahun lepas, aku melihat proses tumbesaran tersebut.

Antara perkara utama yang dapat disaksikan ialah; mendengar, melihat, menyentuh barang. Kini anak buah aku sudah berumur 1 tahun 2 bulan. Lahir pada 16 September 2008.

Setelah aku perhatikan ragam tersebut, aku cermin diri aku. Aku pasti yang aku pernah menjadi sapertinya. Aku mula bertanyakan hal itu kepada mama dan abah serta orang sekeliling yang pernah wujud ketika aku kecil. Jawapannya serupa.

Setelah itu, aku baru teringat diri aku ketika kecil dalam lingkungan 3-5 tahun.

Aku pernah dibesarkan di kota dan juga di kampung. Ketika aku di kampung, ada sebuah dinding rumah Tok Wan yang unik. Coraknya seakan peta dunia. Firasat aku ketika adalah; itulah bentuk dunia yang sabenar!

Aku juga suka perhatikan awan, burung-burung terbang melayang, pokok-pokok yang tinggi, bukit bukau dan lain-lain yang menenangkan fikiran. Selain itu, ada sebuah tadika Kemas (kepunyaan UMNO) yang terletak di depan rumah Tok Wan. Terdapat 3 tiang bendera yang terpacak di situ. Salah satunya ialah bendera Malaysia.

Kadangkala, aku juga menunggu di luar rumah untuk melihat Keretapi Tanah Melayu (KTM) serta kapal terbang Malaysia Airlines di awan. Aku teruja setiap kali terdengar bunyian enjin yang kuat kedengaran.

Segala yang diperhatikan membuatkan aku berkhayal. Aku terjemahkannya melalui lukisan. Tok Wan selalu menyediakan kertas-kertas kosong yang tidak diguna pakai serta alat lukis saperti krayon, pensel dan pen. Mungkin kerana dia tak mahu aku menconteng dinding lagi barangkali.

Meski aku terjemahkan apa yang aku rasakan melalui seni, aku ada pasang impian untuk merasai perkara-perkara tersebut. Setelah beberapa lama, hajat itu tertunai.

Dalam hidup, kita sentiasa memasang impian. Jika kita terjemahkan segalanya melalui fantasi/visualisasi, kita sabenarnya melihat masa depan. Segala impian pasti jadi nyata kerana ada dorongan ke arah impian itu.

Bagi maksud itu, jalanlah ke depan!


We create HOPE over DOUBT.

Thursday, December 3, 2009

Lymelife


Sudah tiga kali aku menonton filem Lymelife lakonan Emma Roberts, Keiran Culkin, Alex Baldwin dan Rory Culkin. Filem genre ini berbentuk kisah keluarga zaman 70-an. Mengisahkan epilog dua keluarga bermasalah di sebuah bandar kecil di Syosett, Long Island, Amerika Syarikat.

Emma memegang watak sebagai Adrianna Bragg manakala Rory Culkin sebagai Scott Bartlett.. Scott berkawan dengan Adrianna sejak kecil. Namun, Scott merupakan seorang budak loser yang asyik dibuli di sekolahnya.

Adrianna seorang yang memahami tentang Scott. Dialah yang membantu Scott untuk menjadi dirinya sendiri; dari seorang yang penakut kepada yang berani setelah dicabar oleh Adrianna untuk Berani Berubah!

Tuesday, December 1, 2009

Epilog Kapal Terbang

Aku jarang mengemaskini blog ini dek kekangan masa. Hari ini, aku ingin meneruskan jejak kasutputeh semula.

29 November 2009 (Ahad) yang lalu, aku dan Alex Raja Rizal pergi bertandang ke Sepang kerana menghadiri majlis pertunangan sahabat lama, yang dikenali sebagai Nudtz. Sehari sebelumnya, aku agak terkejut kerana Nudtz nak bertunang.

Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya. Ketika di alam kehidupan kampus, Nudtz banyak membantu aku dalam pelajaran. Tanpa dia dan beberapa orang lain, aku mungkin tidak dapat maju lebih ke depan saperti sekarang.

Sewaktu meyusuri jalan raya yang terbentang luas di kawasan Bangi dan Sepang, aku ada perhatikan satu objek yang menarik perhatianku. Apakah itu...?

Kapal terbang.

Kapal terbang merupakan satu objek yang aku suka lihat sejak dari zaman kecil. Ia sebuah objek yang selalu terbang jauh dan tinggi bak burung di angkasa. Bagi lipatan hidupku, ia mempunyai makna yang tersirat.

Meski ia terbang tinggi dan melayang di ruang udara, meredah tujuh lautan dan tujuh benua, ia tetap mempunyai visi asal yang ingin dituju. Tidak kiralah sama ada ia mungkin terpaksa mengharungi keadaan cuaca yang tidak menentu, ia tetap terbang ke depan menuju ke destinasi.

Sedang asyik memerhatikan kapal terbang Malaysia Airlines, aku seolah-olah dirasuk semangat yang pernah dirasakan selama ini. Dalam diam-diam, aku mulai memecut kereta aku dengan penoh rasa riang. Hingga akhirnya, aku tersesat di Sepang dan tercari-cari di manakah rumah Nudtz...?

Wednesday, November 11, 2009

Deklarasi 1111: Berani Berubah

11 November 2009 (Rabu) merupakan tarikh yang sentiasa diingati serta akan menjadi rujukan untuk melihat masa depan.

Mungkin menarik untuk direnungi betapa Deklarasi 1111 menjadi maksud bagi 11 November 2009. Antaranya ialah:
1. Jangan berundur sebelum garis penamat

2. Teruskan impian yang hanya selangkah untuk digapai

3. Kesatuan Geng Ju6i tetap utuh di mana jua kita berada

Terima kasih kepada Azizul, Ibrahim, Henry dan Izati kerna menghidupkan harapan yang telah terkulai layu.

Kepada Al, sepatutnya hadir namun tidak dapat kerna tidak sihat. Tidak mengapa hehe.

BERANI BERUBAH!

Monday, July 13, 2009

The Wild Child


Tayangan the Wild Child merupakan cerita kegemaran aku kerana pelakon favorite aku; Emma Roberts menjadi watak utama di dalam filem itu. Ia berkisar tentang seorang budak perempuan kaya yang manja, nakal dan sarcastic telah dicampak masuk ke sekolah di England oleh bapanya. Pelbagai ragam telah diterjemahkan di setiap babak.

Sejak menonton lakonan Emma di filem Nancy Drew, Aquamarine serta pernah muncul di siri komedi TV popular di Nickelodeon; Drake & Josh beberapa tahun yang lalu, aku dah jatoh hati dekat dia kerana lakonannya yang hebat dan lawak. Saksikan filem ini!

Sunday, July 12, 2009

Tun Dr. Mahathir, Selamat Hari Lahir ke-84


Selamat Hari Lahir yang ke 84 diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Majlis sambutan berlangsung di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya pada 10 Julai 2009.

Semoga panjang umor dan murah rezeki.




PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dimansuhkan oleh Kerajaan pada minggu lepas.

Isu ini telah menimbulkan banyak kontroversi di antara pihak yang menyokong dan juga bagi pihak yang menentang PPMSI daripada dimansuhkan.

Pelbagai respon dapat didengari dari pelbagai pihak. Antaranya ialah
:

Komen Tun Dr. Mahathir Mohamad:

"Saya tidak terperanjat mendengar kekecewaan dan malah kemarahan terhadap kerajaan berhubung keputusan (memansuhkan) pengajaran Matematik dan Sains,"

"Nampaknya, kerajaan tidak mendengar suara rakyat."

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

Komen Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Saya memberitahu Tun Dr Mahathir bahawa jika polisi ini diteruskan kita bimbang ia akan memberi kesan yang tidak begitu baik kepada kepada pelajar."

"Segala mengenai polisi ini telah dijelaskan kepada Tun dan beliau boleh menerima dengan baik,"

"Kita terangkan kepada Tun (Dr Mahathir) mengenai keupayaan guru yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris. Kita juga beritahu terdapat jurang yang besar di kalangan murid sekolah kebangsaan dengan murid sekolah bukan kebangsaan,"

"Ini bukan keputusan untuk kepentingan politik tetapi untuk masa depan anak-anak kita,"

"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,"

"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,"

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing,"

"Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI,"

"Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama. Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,"

Komen Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein

"Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu."

"Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan,"

Komen Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar

"mendengar pandangan rakyat" dan membuat "keputusan yang bijak".

"Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar,"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,"

"Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat,"

Komen Datuk Mukhriz Mahathir

"People say the Malay language is the soul of the nation but this may no longer be the case as knowledge is now the soul of the nation,"

Mukriz, who is also Jerlun member of parliament, said checks with Dewan Bahasa dan Pustaka showed that there were only six documents on nano technology -- two papers each from Universiti Sains Malaysia and Universiti Kebangsaan Malaysia, and another two articles in magazines.

"But if you were to Google it, there would be hundreds of thousands of papers on nano technology in English,"He said history showed that the Japanese learnt German to understand German technology, before coming out with their own technological innovations.

"By the same token, we need to be proficient in English to have access to the latest technology," he said, adding that knowledge acquisition would enhance the country's competitiveness.

Komen Tun Abdullah Ahmad Badawi

"Sebelum ini kita banyak mendapat memorandum meminta untuk mengkaji semula, maka kita menetapkan supaya satu kajian dibuat mengikut tempoh pelaksanaan dasar itu iaitu selama enam tahun (2003 hingga 2009),"

"Dan semalam keputusan telah dicapai menerusi kajian selama enam tahun itu. Itu membuktikan keputusan semalam dibuat bukan kerana desakan,"

Saya yakin, dasar baru ini akan memantapkan lagi pembelajaran para pelajar dan mereka juga akan lebih mudah menguasai kedua-dua bahasa itu tanpa ada sebarang masalah pada masa depan terutama untuk ke universiti,"