Monday, May 10, 2010

Hobi Tatkala Bosan: Lukislah..:p

Hye!

Ini permulaan baru. Dekad pertama di alaf ke-21. Yeah!

Aku menyambung semula wadah perjuangan lama untuk melukis komik. Secara fitrahnya, hobi melukis komik bermula sejak aku menuntut di sekolah rendah lagi. Hampir semua buku kerja sekolah yang tidak digunakan telah diterjemahkan dengan segala jenis imaginasi.

Pada kebiasaannya, aku suka melukis pemandangan gunung ganang, pokok, manusia, awan, rumah, bangunan dan lain-lain. Aku juga pernah melukis komik bola sepak untuk tatapan rakan-rakan ketika aku Darjah Lima (5) dan Enam (6).

Ketika aku menuntut di tahun akhir Tingkatan Lima (5), komik pendek mengenai kisah tauladan pernah disiarkan di surat khabar sekolah. Hehe...


04 April, 2005: Bawah perpustakaan UiTM Alor Gajah Melaka. Persediaan terakhir sebelum mengambil kertas Research Methodology yang amatlah susah buat hari esok.

Di peringkat Universiti, hampir semua buku teks yang dibeli dari awal hingga tamat pengajian UiTM turut menjadi medan meluahkan imaginasi.

Kadangkala, jika aku ingin lebih memahami apa-apa pelajaran dalam semua subjek, aku akan lakarkan dalam bentuk visualisasi.

Kini, zaman belajar telah berlalu. Aku mahu menyambung semula hobi lamaku yang tertangguh. Yakni, melukis komik. Seingat aku, komik pendek yang terakhir aku buat pada tahun 2009 ialah mengenai "Langkawi di Vatoskan!''

Di bawah merupakan contoh hasil kerja aku ketika kebosanan. Hehe..

Saksikan selitan kisah Hikayat MASrubah: Misi Emma Roberts yang mendebarkan. Selebihnya, hanya untuk simpanan peribadi di hari tua aku. Hahaha!




Update:

Sambung..

Wednesday, May 5, 2010

Aku Bebas!

Bebas; Bisa ditakrifkan sebagai erti kata 'merdeka'.

Sudah lama aku tidak mengarang di blog. Kerjaya lama telah membuatkan aku terikat dengan perjanjian. Aku tidak boleh menulis terutamanya yang melibatkan apa-apa isu sensitif. Hanya isu-isu biasa sahaja. Tapi, tak mengapa.


Peralihan bulan April, 2010 telahpun berlaku. Aku telah menyahut cabaran untuk Berani Berubah! Aku akan menapak ke depan semula. Menyambung wadah perjuangan yang tulus. Mencari rahsia di muka bumi dengan cara hakiki. Tanpa menoleh ke belakang lagi.

Selama setahun aku kehilangan perasaan menjadi optimistik. Ini kerana, aku melakukan sesuatu yang tidak diminati. Sedangkan aku masih muda. Hehe memang pon.

Keputusan untuk meletakkan jawatan pada 30 Mac 2010 adalah tepat. Aku tak peduli apa orang nak kata. Aku tahu apa yang aku nak dalam hidup. Siapapun tiada hak untuk menidakkan impian aku dalam mencorakkan masa depan.

Hikayat hidupku, aku yang tentukan. Epilog akhir, aku yang tentukan. Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengembalikan aku semula kepada impian asal. Kerjaya baru sekarang adalah 1perjuangan yang murni.

Berkat doa, restu ayah dan bonda, aku pasti menggapai semua impian itu kelak.

Aku percaya apa yang aku lihat tentang masa depan. Aku bukan tunggu dan lihat baru nak percaya. The Rise of Wisdom 2010: the Great Escape!

Aku bebas!


Aku di kiri. Bersama Penakhlok Tanjong Tuan menggapai impian

Sunday, March 28, 2010

Generasi Muda Waspada Taktik Halus Pihak Asing - Tun Dr.M

GENTING HIGHLANDS 28 Mac 2010 (Ahad): Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan generasi muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara supaya lebih berwaspada dengan taktik halus pihak asing yang cuba melakukan penjajahan bentuk baru ke atas rakyat dan negara ini.

Perdana menteri keempat yang menerajui negara selama 22 tahun itu berkata pihak asing akan mengambil kesempatan atas label globalisasi dan liberalisasi untuk melaksanakan agenda mereka itu.

"Kita kini menghadapi pelbagai cabaran dari dunia luar ketika kita sedang menikmati kemajuan negara pada usia ke-53 tahun kemerdekaan negara dengan pelbagai ancaman termasuk melalui laman blog," katanya ketika berucap pada perasmian Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Ketua Pengarah Jasa Datuk Fuad Hassan dan turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tokoh sejarah Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim serta 50 penuntut terbaik institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan insitusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Dr Mahathir berkata generasi muda seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas untuk menangani dan menghadapi ancaman pihak asing.

Selain itu, beliau meminta mereka supaya membantu kerajaan meneruskan perjuangan negara ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Dr Mahathir berkata kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan tinggi untuk bidang pendidikan bagi membentuk mereka menjadi generasi cemerlang dalam mencapai kemajuan pada masa depan.

"Saya berpendapat generasi muda tetap mempunyai peranan kerana mereka akan mewarisi negara ini...golongan tua ini bukan hendak duduk sampai bila-bila... tidak boleh, tetapi nak serah kepada pihak laih, pihak lain itu perlu membuat persediaan untuk memahami apa itu negara Malaysia, apa sistem yang diamalkan, masalah kaum di negara ini dan sebagainya.

"Apabila telah memahami, mereka perlu mengadakan perbincangan sesama mereka dan baru akan mendapat idea yang boleh menyumbang kepada pembangunan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020," katanya.

Beliau berkata generasi muda seterusnya perlu mengelakkan diri daripada mempercayai bahan berita yang disiar menerusi laman blog yang cuba mempengaruhi mereka.

Sementara itu, ketika ditanya seorang penuntut semasa sesi dialog mengenai sekiranya diberi peluang untuk kembali menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata: "Saya tak nak..cukup sekali menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Tiada perdana menteri yang menerajui kerajaan selama itu.

"Saya hanya hendak jadi ahli Umno biasa," katanya. - BERNAMA

Tuesday, March 16, 2010

6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional / 6 National Key Result Areas (NKRA)

Idea gagasan NKRA telah dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2009.

Antara intipati tersebut adalah:

Mengurangkan Kadar Jenayah (Reduction of crime rate)

Memerangi Rasuah (Combating corruption)

Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan (Widening access to affordable and quality education)

Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah (Raising the living standard of the Poor)

Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman (Improving Infrastructure in rural areas)

Menambah Baik Pengangkutan Awam Dalam Jangka Masa Sederhana ( Improving public transport in the Medium term)

Monday, March 15, 2010

April


Hari dalam bulan Mac 2010 makin cepat berlalu. Aku tidak sabar menunggu kehadiran bulan April 2010 kerna ia merupakan konotasi kepada sebuah peralihan hidop yang baru.

Aku ditanya oleh teman-teman rapat mengenai sejauh mana iltizam aku untok merealisasikan perkara tersebut.

Jawapan yang diberikan adalah aku komited untok mencapai impian itu dan azamku makin membara bagi menterjemahkan maksud 'Berani Berubah' dalam erti kata yang sebenarnya.

Kerana apa?

"...Because we are worth more than that,"






Wednesday, March 10, 2010

the Karate Kid


The Karate Kid versi baru akan menggegar pawagam dalam masa terdekat! Ia merupakan salah satu filem yang aku tunggu sepanjang tahun 2010. Ayoh kita beramai-ramai ke pawagam untok menonton filem ini sambil 'ngap' popcorn.


Friday, March 5, 2010

EMAS


Proton melakar satu lagi sejarah buat tanah air melalui penampilan pertama tiga buah model kereta konsep baru yang dikenali sebagai EMAS (Eco Mobility Advance Solution).

Apa yang menarik perhatian, tiga buah model ini diterbangkan ke Geneva, Switzerland untok menyertai Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80 (IGMS) buat pertama kali.

Kejayaan terbaru PROTON itu membuktikan kesunggohannya untuk bersaing di peringkat global dalam misi memperkenalkan kereta nasional di seluruh pelusok planet bumi.

Mantan Perdana Menteri Keempat (4), YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bapa PROTON) merangkap Penasihat PROTON turut hadir menyaksikan pelancaran bersejarah itu bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Proton - Datuk Mohd. Nazmi Mohd. Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan (Group CEO) PROTON - Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir dan Pengerusi Italdesign Giugiaro - Fabrizio Giugiaro.

CEO PROTON, Datuk Syed mengulas bahawa tiga (3) buah kereta EMAS memerlukan tempoh antara 17 hinga 24 bulan untuk berada di pasaran menjelang tahun 2012.

Selain itu, Tun Dr. Mahathir menyifatkan kejayaan PROTON pada hari ini sejak diterajui oleh Datuk Mohd. Nazmi merupakan pemangkin kepada kebangkitan semula PROTON di pasaran tempatan dan antarabangsa. Malah, beliau yakin bahawa PROTON kini telah nekad dan bersedia untok melangkah lebih jauh ke peringkat global dan akan melalui zaman-zaman keemasannya kelak!

Proton t'lah BERANI BERUBAH!

Belilah barangan buatan Malaysia :).